Wednesday, 16 January 2013

Blogwalking dengan selesa

Salam. Anda selalu blogwalking? Aku kalau free and line broadband ok, memang aku suka BW. Tak kisah la dari blog list atau dari entry yang menarik kat 'Sahabat Blogger' or 'Kami Budak Blogger'.




Apa yang aku noticed dari BW, ramai blogger mahukan keselesaan. Keselesaan apa? Dari banyak-banyak yang aku baca, meh aku simpulkan. Even aku sendiri pun rasa benda ni harus dilihat, maybe untuk improve blog kita kan..

Tulisan
Memang ada blog yang tulisannya kreatif, cantik. Ada jugak yang macam-macam saiz. Apa-apa pun, pilihla jenis tulisan dan font yang bersesuaian dan senang dibaca oleh readers. Jangan lah terlalu kecik atau terlalu kreatif lengkok sana-sini sampai apa yang ditaip pun tak faham. Aku pernah BW kat blog yang tulisan dia mak aiii..cinonet benor!

Time for loading
Ada sesetengah blog yang mengambil masa agak lama loading. Macam-macam widget yang diletak, tu menyebabkan loading agak lembap. Kalu boleh, widget yang tak sepatutnya tu tak payah la letak. Jenuh menunggu. Dah lama tunggu tu ada pulak yang tak dapat nak appear. Kan susah. Jangan semakkan blog dengan benda yang you all rasa tak perlu letak. Bila BW, masalah seperti inilah yang meyebabkan [X] cepat dicari.

Read more
Ya..ada satu blog kupas isu 'Read More' dengan lebih lanjut. Serius cakap aku pun kurang gemar dengan benda ni. Melambatkan. Kalau kita terus bukak sume appear kan senang. Anda memudahkan readers anda. 

Maaflah kalau ada sesape yang terasa dengan apa yang ditaip. Tapi inilah antara isu utama apa yang blogger lain highlight bila they all BW. Of course sebagai blogger, kita nak memudahkan readers kita kan. So, ini akan menggalakkan lebih ramai yang akan BW and berkunjung ke blog kita.



Anyway, happy blogwalking!

6 comments:

Dianaa said...

FD setuju dengan part read more tu. agak leceh kot. tak suka.

zulhilmi tempoyak said...

agak2 my blog nk loading lama x klu masok..?

say to easy=) said...

semua kenyataan setuju sangat :)

jeBateja said...

Saya setuju...dan setuju.....

Hanida Moss said...

setuju. sangat. :D

Akin Amar said...

sgt setuju! sy pun rase blog sy berat gan widget tp syg nak buang..hee ;D

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman