Sunday 16 December 2012

Pre-Graduation Night (PGN)

Salam. Kalau 11 hb dinner IBSA, then 12 hb untuk PGN. Wah.... I dah nak grad la. Suke suke suke!! Dinner yang hanya bertempat di Dewan Sri Temenggung khas untuk meraikan student akhir. 

Disebabkan petang tu kelas aku habis 6 petang, memang aku lambat sikit. Sempat cuci mata ke Popular *baru bukak kat Segamat* and makan as alas perut. Lastly, majlis yang sepatutnya start dalam pukul 8, aku sampai 9.30! Hah! Ambik kau! Masuk-masuk menganga cari sit. Habis satu dewan semua pandang. Ala..apa ada hal. Setakat pandang je kan.. Lastly, kami ditempatkan kat meja urusetia. Lagi selesa tau kat bahagian depan. Hee..

Masuk-masuk je dah penghujung ucapan then tak lama kemudian makan. Fuhh lega perut cik mai. Sambil makan tu diselit persembahan tarian, nyanyian dan  cabutan bertuah. Banyak nombor yang bertuah and hadiah antaranya hamper, barangan elektrik and hadiah utama PGN sem ni adalah blackberry curve. Memang tak rezeki and tak bertuah sungguh aku. Aku mana pernah luck untuk cabutan bertuah ni. Faham sangat dah. But congratz to kawan-kawan kelas yang bertuah dan gigih mengambil hadiah.

Turut disampaikan anugerah pelajar terbaik mengikut course dan juga keseluruhan. Paling membanggakan, pelajar terbaik perempuan Islamic Banking adalah dari kelas aku. My classmate! Dia jugak turut dianugerahkan pelajar terbaik keseluruhan dengan GPA 4.0 and CGPA 3.91. Congratz! 

Me and Ayu.. See, kat belakang kosong. Nampak sangat antara meja yang depan. Dekat dengan hadiah cabutan bertuah.

Lucky day for Ayu. Tak sia-sia we all datang.

Ni masing-masing yang bertuah. Yang pakai baju kuning tu la best student with CGPA 3.91.

My classmate yang datang. Tak ramai sangat but happening!

Mengambil kesempatan bergambar dengan sijil penghargaan best student.

Her-hero kami.. Sentiasa 6 ketul..

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman