Monday 31 December 2012

Imbasan 2012

Salam. Dah masuk hari terakhir bagi tahun 2012. 31 Disember 2012. Keadaan aku kali ni sama jugak macam 31 Disember 2011. Why? Sebab study week. Waa.. Tapi dulu study week sem 3, now sem 5. Up sikit. Haha.

Dah setahun berlalu, aku nak highlight lima (5) perkara penting yang berlaku dalam diari aku tahun ni..



Tahun ni, tiga sepupu aku bertunang yakni kesemuanya dari belah ibu dan dua orang kawan rapat. Memang pakat they all jadikan 2012 tahun bertunang beramai-ramai. Kelima-lima pasangan ni akan melangsungkan perkahwinan tahun depan. Pokai mak cik! Kena beli hadiah macam ni. Ada yang aku  dilantik secara tak rasminya sebagai pengapit. Auuww! Kalah pengantin nanti! Paling awal Januari and last November. Dah makan setahun tu!


Orang lain bertunang, orang lain yang sibuk amik gambar. Over tau!

Family day Islamic Banking Student Association (IBSA) sama hari dengan my birthday and mothers' day iaitu 13 Mei 2012, Ahad. Aku dilantik sebagai AJK permainan bagi menguruskan semua game yang dipertandingkan. Disebalik sibok kehulur-hilir dan berpanas terik, hati tetap riang ria. Call pulak free, lagi menyenangkan urusan. One of my classmate siap wish through speaker lagi dari meja emcee. Serius terharu and malu-malu kucing.


With part of my calssmate kat court bola jaring

Seumur hidup aku memang tak pernah berniaga. First time aku merasa pengalaman bergelar usahawan muda ketika Entrepreneurship Day (E-Day) 11 Jun. Ni memang benda wajib yang we all kena buat under faculty requirement. Dua minggu sebelum event our group selalu buat discussion untuk jual produk apa, supplier dari mana, pecah tugas masing-masing. Kami memilih business buah-buahan. Menjual buah potong dan air. Seharian! Dari 8 pagi hingga hampir 12 malam. First time aku menjual, buat marketing, terjerit sana-sini, promosi sana-sini sampai habis segala sifat keayuan and alhamdulillah berbaloi. Bayangkan untuk business buah macam ni kutipan we all mencecah RM 1000! Just for one day. Penat memang penat tapi pengalaman yang sangat berharga.


My housemate=my classmate=my group

Tahun ni jugak aku terlibat dengan program peringkat kebangsaan, Women In Social Enterprise (WISE). Hujung April aku ke Pasir Gudang untuk program perasmian selama 3 hari 2 malam. Terdapat juga IPTA lain such as UPSI, UIA, UKM and UPM. Perasmian oleh Dato' Seri Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi yang juga merupakan ahli Parlimen Pasir Gudang.



Program ni tak terhenti di situ. Lanjutannya, 19 Julai-10 Ogos aku and our UiTM Segamat team ke Pasir Gudang sekali lagi dan kami dipecahkan pada mak angkat masing-masing yang merupakan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). 3 minggu sorang-sorang kena sesuaikan diri. We all harus mengkaji dan menyiapkan report untuk disubmit pada kementerian. Program ni adalah kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan AIM. Kami UiTM mewakili negeri Johor. Program ni melibatkan semua negeri dan pelajar IPTA. Macam-macam dugaan and alhamdulillah aku mampu bertahan dan menjalankan tugas selama 3 minggu.


Buka puasa mak and anak angkat

Ni sekadar ringkasan, imbasan apa yang paling penting dan lain dari tahun sebelumnya bagi aku. 

Lastly, Selamat Tahun Baru uoolls!


4 comments:

Unknown said...

Biarkan sweet memories remain.. kan?
Happy new year darling :)

Miss Meen said...

Tahniah!! In relationship :)
Dah bakal mengakhirnya pada umur 25 tahun rite?
Insya Allah...:) Tahniah dik :)

siti nur faradiyana mutussin said...

slmt thunbaru jgaa.. :D ..done follow kat cne...:D

siti nur faradiyana mutussin said...

slmt tahun baru jga.. :D ...done follow u jgaa ... n good luck exam!! sbb sya pn stdy week jga skg nie.. :D

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman