Thursday, 13 December 2012

Ihtiram 2012

Salam. Selasa 11 Disember baru-baru ni, aku ada dinner for my course Islamic Banking (ISB). Ala..setakat kat Dewan Sri Peria dalam UiTM tu je. Dengan tak tau tema apa, aku pakai redah je. Sampai-sampai je, mak aiii.....ramainya meletop-letop! Tema Arabic Night! Sumpah aku tak tau. Bila lecturer cakap ek.. Nampak sangat tengah berangan time tu.

Kalau dari luar dewan aku dah tengok pak arab and mak arab, kat dalam lagilah. Aku dah rasa macam dekat negara padang pasir. Semua orang cun-melecun uooollss... I ni je yang selekeh. Serius terasa kerdilnya diri.

Student ISB tak da la ramai sangat. Kalau dikumpulkan dari part 1 sampai 5 tu, rasanya hampir 300 orang je kot. Yang datang for sure la bukan 100%. Memandangkan ni sem akhir dan sebagai seorang kakak senior yang bertanggungjawab, aku haruslah menonjolkan sifat yang baik dengan meng-attend majlis seperti ini. Makan free ooiii. Sedap pulak tu...

Alhamdulillah..rezeki untuk cik mai dean list..:)

Our hero part 5..enjoy with their performance.. Habis macam-macam lagu dirojaknya

My classmate yang gigih menghadirkan diri

Bersama mereka yang cantik, comel dan jelita

6 jejaka dalam kelas aku..ciput je kan? Nampak sangat dimonopoli kaum Hawa

Gadis ayu.. Aku la yang paling selekeh dengan tema pun tak tau.. Haiishh!

Inilah dinner Islamic Banking Student Association (IBSA) terakhir aku dapat join. Next sem praktikal. Praktikal oh praktikal. Buat kembang perut aku je coz masih belum dapat panggilan lagi..

1 comment:

Nurhanis Zamshah said...

dean list? wah tahniah kak maisara! :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman