Monday 31 December 2012

Hanya kerana durian

Salam. Siapa suka durian? Dalam banyak-banyak buahan tempatan, durian je yang aku suka. Yang lain sume tak berapa sampai tak tersentuh pun. Musim durian menjelma lagi! Dan disebabkan family aku duk kampung sekali dengan nenek, kebun sebelah je. Pokok durian? Bukak tingkap terus boleh nampak. Tak ke heaven tu?


Biasanya makan macam tu je tak pun makan dengan pulut. Sometimes ibu buat bubur cicah guna roti. Sedap woo.. Tapi durian crepe yang sibok popular benor sekarang tu yang aku tak rasa lagi? Sedap ke ek? Habis ramai yang update pasal durian crepe. Dalam tv pun tunjuk resepi durian crepe. Hebat hebat..


Teringat zaman form 5 dulu, kelas aku bukan ramai pun, 22 orang je. Sape je yang nak amik sains tulen. Ada 4 orang chinese lelaki. Musim durian diorang memang buat part time. So selalu pagi-pagi dalam kelas before pergi perhimpunan, belah durian dulu. Dengan buah yang berduri tu they all bawak tau! Serius satu kelas kerumun makan. Cikgu pun sampai ada yang bising suruh bawak untuk diorang.

Segamat tempat aku study sekarang memang terkenal dengan durian. Orang kata durian Segamat sedap. Tak tau pulak. Setahun setengah aku belajar kat sana sekali pun walau sebesar kuman tak pernah rasa durian Segamat. Even orang niaga durian tu area taman aku pun ada. Entah pape kan. Orang luar sanggup datang Segamat semata-mata durian tau..

Nota kaki : Kedua-dua gambar adalah ihsan google..^^

4 comments:

Dia Lavenda said...

durian crepe sedap tau. awak patut cuba. tapi kalau awak rasa tak sedap jangan marah sy plak.. hehe. nyway, singgah + follow :)

hidayahseman said...

sedap ke durian crepe? xterasa nk merasa lah pulak. huhuhu

Syaza Raihanah said...

Salam. Syaza datang singgah dan follow blog awak. Btw, thanks follow my blog :)

::CIK LYNN:: said...

durian crepe ni sedap sangat bila makan time sejok2....rsa cm aiskrim...try la...msti nti ketagih...hehe

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman