Saturday 29 December 2012

Ada apa dengan Korea?

Salam. Sejak drama korea menjengah tanah air ni yakni aku nak UPSR, aku telah mula jatuh cinta. Bermula dengan Winter Sonata, Autumn In My Heart, Hotelier and bla bla bla. 

Minat aku ter-stop sekejap bila dah jarang follow. Sehinggalah aku mula follow drama My Girl time diploma and sampai ke hari ni, ada je yang aku tengah follow. Dah menunggu senarai dalam lappy. 

Drama yang aku tengah follow. Big. Dah sampai episod akhir!

Dulu aku minat drama je. Ye la, drama korea ni lain sikit. Tak sama macam drama dari negara lain. Jalan cerita, pengolahan, penghayatan semua berbeza. Feel tu pendek kata memang masuk. Kalau dah follow tu, confirm akan follow sampai habis. Drama korea tak merepek macam sinetron indon yang beratus-ratus tu. Cukup sekadar belas episod or setakat 20++.

Sekarang ni aku dah mula meminati kpop. Sekarang la.. Dulu bukan main lagi aku mengutuk kawan aku. "Apela yang ko minat sangat dengan kpop ni??". Dan disebabkan kata-kata celaan aku tu, asal ada lagu baru tak kisah la dari group mana-mana, for sure dia akan bluetooth ke handphone aku walaupun aku tak nak. Bila dah hari-hari macam tu, daripada hati aku tak nak, terus cair. Terus mula meminati kpop. Tapi tak da sefanatik kawan aku tu. Aku ni kira tahap biasa-biasa lagi.

Group paling feveret of course Super Junior and Girls Generation. Eh, yang lain pun suka jugak. Big Bang, Wondergirls, CN Blue, 2PM. Ada yang kata sebab diorang ni cantik-cantik and hensem-hensem bagai. Ala..macam aku tak tau tu semua plastik. Apa kisah kan. Artis hollywood tu pun ada yang plastik tak pun cucuk sana sini. Mana ada ori. Malaysia pun ada yang cucuk. Oooppss!

Diorang ni jugak selau dipilih sebagai pelaris produk di korea

Minat aku mula berkembang ke show dia pulak. Aku yakin ramai yang giler dengan Running Man. Kan? Kalau dah start tengok tu, memang susah nak stop. Takkan buat kerja lain punya. 24 jam pun sanggup. Tak kisah la final exam ke tak, Running Man tetap tengok!

Running Man? Tapi ada penyeri Women, Ace Ji Hyo

Bahasa korea jugak menjadi antara bahasa yang ingin dipelajari terutamanya bagi kaum muda-mudi. Ada yang sanggup belajar sendiri berpandukan internet tak pun yang amik kelas bahasa korea. Kat facebook, they all tak tulis FIGHTING sebaliknya HWAIGHTING. Tu pun anasir korea.

Negara korea antara tempat yang popular untuk dilawati. Kawan aku ada ajak pergi tahun depan dengan budget empat angka. Wah..bunyi best kan. Tapi banyak yang aku nak kena selesaikan tahun depan. Mungkin 2014, insyALLAH.

Makanan lagi satu hal. You all peminat korea tau ramen kan? Ala..magie. Kat Giant Segamat tu ada macam-macam ramen yang dijual. Aku pun pernah beli kimchi ramen. Kawan-kawan aku pun dah ramai yang rasa. Kalau teringin, try la. Sedap.. Lain dari yang lain.

Aku selalu berinteraksi dengan my feveret novelis yang sekarang ni menetap di korea. Dia selalu post gambar-gambar dekat sana terutamanya musim winter ni. Cantik! Baru-baru ni pic kat Nami Island. Nak pergi!! Hatiku cukup meronta-ronta! Waa...

Top betul apa sahaja yang berkaitan dengan korea kan? Tapi ada jugak orang yang menyampah dengan peminat korea ni. Ehh??

7 comments:

Unknown said...

betul2 ape yang diperkatakan tu . runnin man susah nak stop walaupun final exam huhuhu

Unknown said...

suke tengok runningman.. best gile kan?

p/s: thanks follow blog kite :) kite dh follow balik dah :)

Unknown said...

mun pun suke runningman..

As Yusra said...

hehe...runningman...sekali tengok...teruss na tengok >.<

restlessness said...

hhhaha , i was just like addicted to the movie , tp klau dah mnat nk wat cm new kn :) , i were like u too now im follow the LIE TO ME , bru eps 3 hhhehe

Akin Amar said...

yeah!!! serupa..citer big dah tengok! hee best2 cter tu.. ;)

Unknown said...

Saye pun suka korean movies!
Selalu tengok dkt maaduu.com :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman