Sunday 18 November 2012

Istanbul Aku Datang

Salam. Deepavali lepas, orang lain raikan, aku pun raikan gak. Keluar with En Sayang menonton wayang di tengah kesibukan kota. Haiissh! Meriah jugak they all sambut Deepavali. Orang asing pun menyibuk memenuhi bandar.

Actually, beberapa hari sebelum, memang dah planning nak tengok cerita ni. Tengok thriller macam best. Dalam dok beratur tu pun kepala ligat fikir lagi. Adik aku kata Skyfall best. Tapi disebabkan mood aku nak relax gitu, aku pilih Istanbul Aku Datang jugak. He..

Sinopsis


Dilakonkan oleh Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairi, Istanbul Aku Datang menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Dian. Dian ke Istanbul bagi berjumpa dengan kekasihnya Azad yang mengikuti kursus perubatan di sana selama 6 tahun. Dian ingin merancang sesuatu bagi Azad melamar dirinya.


Setelah disuruh oleh Azad, Dian mencari rumah sewa bagi menampung 3 bulan kehidupannya di sana. Dia telah membayar tiga bulan pendahuluan kepada seorang lelaki Istanbul. Apa yang memeranjatkan dirinya, housematenya adalah seorang lelaki yang sangat annoying iaitu Haris. Sebenarnya, Dian telah ditipu oleh lelaki Istanbul tersebut dalam urusan sewa rumah.

Pelbagai kerenah yang timbul di mana Dian berusaha menyembunyikan tentang rahsia housematenya dari pengetahuan Azad. Apa yang terjadi seterusnya? Kena tonton ye...


Komen

Overall, 4.5 bintang untuk filem ni! Serius best! Betul bak kata paper yang aku baca, bila menonton cerita ni, you all akan rasa nak ke Istanbul. Yaahh, that's right. Lisa sangat comel! Really happy-go-lucky. Dia juga seorang blogger. Hari-hari update blog untuk story life kat sana. 

Serius memang tak rugi menghabiskan masa sejam setengah menonton. 

So, pada yang belum, pergi menonton cepat-cepat okeh!

2 comments:

E'in said...

akak xtgk lg cite nie sbb kwn akak ckp cite nie biase je... die rase mcm tgk cerekarama... hahaha

Unknown said...

br download..lom tgk lg..best sgt2 kan..xsabar nak tgk nih

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman