Tuesday, 2 October 2012

Pengawas yang garang

Salam. Alkisah ni sungguh la back to old school. Waktu online facebook tadi, ada sorang kawan inbox. Kawan zaman sekolah dulu. Dari pra-sekolah okeh! Bayangkan punya lama. Tengok profile picture balik recall memory yang berkarat ni, yeah! Aku mampu mengingat.

Borak punya borak tak sangka kawan lelaki aku ni sedang dalam proses ke gerbang perkahwinan. Tahniah kawan! Dah siap hantar cincin merisik lagi. Yang buat aku extra terperanjat, pasangan pilihan kawan dari pra-sekolah jugak! Confirm la kenal sangat. Tak sangka bakal kahwin dengan kawan sekelas jugak. Jodoh kan..

Disebabkan komen kawan lelaki aku tu la entry ni terhasil..


Yeah..back to the title. Sekolah rendah and sekolah menengah aku menyandang gelaran 'Pengawas Sekolah'. Ye adik-adik.. Orang kata kak mai ni garang. Haha. Mungkin pembawakan gelaran yang terlalu besar di bahu kot. Cewahh ayat...

Nampak tu.. Siap pengawas jenis ikut buku. Ish, skema bebenor ke aku time sekolah ni. Musykil-musykil...

Aku mengaku yang aku garang zaman sekolah. Ramai yang cakap macam tu. Siap tambah perisa kata aku sombong. Eh hello....tak kenal maka tak cinta tau! Orang la kata.. Zaman sekolah rendah siap dengan megahnya bawak 'Buku Catatan Pengawas'. Segala kesalahan murid catat kat situ. Yang buat perut aku menggelodak nak gelak bila teringat kesalahan 'melawan pengawas' pun dicatat. Mak aii.. Macam tinggi benor mandatnyer....

Ala, tu sume zaman sekolah. Belum matured orang kata. Mungkin dulu orang kata garang, tapi sekarang lemah lembut. Sopan ayu giteww..*muntah hijau!*


1 comment:

jeBateja said...

waka...waka....den kawan dgn pengawas sekolah yg sgt cun.....garang.....tapi den tak pernah kena apa2 tindakan....bg den....pengawas yg garang ni...cun taw....ahakz

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman