Saturday, 6 October 2012

Modul terakhir Ijazah

Salam. Betapa gembiranya rasa hati bila habis modul petang tadi. Gembira terlebih coz lengkap sudah keempat-empat modul yang harus diambil sepanjang ijazah. Phheeww lega!

Modul yang terakhir adalah Finishing School. Mula-mula aku tertanya-tanya jugak apa kebendanya pengisian modul ni. Rasanya lama dah tak dengar perkataan school. Modul terakhir ni melibatkan semua pelajar yang nak grad and sem akhir before praktikal. Excited bila fikir nak grad ni. Nak campak semua buku kertas!

Kami pelajar sem akhir dibahagikan mengikut kumpulan. Aku kumpulan ke-5 dimana fasilitator, Pn Zurina. Modul pertama dulu pun dengan dia dan modul terakhir jugak dengan dia. Fasi yang sangat periang, cantik and comel, sporting and etc.

Actually Finishing School melibatkan bagaimana kita diajar untuk prepare for alam pekerjaan. Berkongsi perancangan masa depan, apa yang do and don't during interview, resume and macam-macam lagi. Banyak jugak input yang sangat berguna. Memandangkan fasi aku ni dulu pernah bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), macam-macam yang di share. Ye lah..kami ni budak mentah. Apa gambaran dunia luar sana mesti nak kena tau.

Happening sangat. Mood pun santai je. Kami jugak diminta lukis tangan sendiri and letak nickname kat situ supaya senang kenal. Walaupun lukis tangan sendiri just tekap je, itu pun senget sana-sini. Tangan aku ni memang fail bab-bab melukis. 

Ini tangan kiri saya..terima hakikat yang budak tadika buat lagi cantik dari aku

Apa pun, alhamdulillah...settle semua. Lengkap kesemua modul dari mula-mula masuk sampai la sem akhir ni. Yeahhh!

4 comments:

Putera Amer said...

alhamdulilah,tahniah

Anonymous said...

tahniah diucapkan sebab dapat siapkan modul, semoga dapat menempuh cabaran di hari mendatang nanti, buat yang terbaik~! :)

http://miro-oh-yeah.blogspot.com/

abhamz hamaz said...

assalam, tahniah, semoga terus sukses!

jeBateja said...

Hik...hik....den tak paham pungapa ke benda modul tu....tapi tak pe lah....asal hang gumbira...den gumbira gak lah.....ahakz.....salam dari Taiwan......ahakz

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman