Friday 17 August 2012

Tamatnya WISE

Salam. Pada 10hb hari tu selepas 3 minggu, tamatlah sudah keberadaan aku di Pasir Gudang untuk program Woman In Social Enterprise (WISE). Aku kesini untuk bersama dengan para sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Macam-macam pengalaman yang aku lalui sepanjang 3 minggu berada di sini.

First of all, Pasir Gudang antara tempat yang menarik untuk anda menetap. Macam-macam ada. Segala kemudahan terdapat di sini. Banyak jugak kawasan perumahan yang terdiri dari pelbagai jenis rumah. Pagi-pagi dapat tengok ramai orang berpusu-pusu ke tempat kerja terutamanya mereka yang bekerja di port. Jangan tak tau yang anda boleh melihat laut di sini. Tenang and cantik!

Bulan puasa. Biasanya setiap malam aku akan fikir apa yang patut dimasak untuk sahur. Pernah jugak tak terjaga. Hehe. Berbuka pulak normally aku suka ke bazar. Macam-macam bazar yang aku pergi dari taman yang aku duduk, Kota Masai, bazar di hadapan Plaza Angsana JB dan macam-macam lagi. One more, jangan tak tau yang aku jugak pernah menolong my mak angkat menjual kuih di bazar ramadhan.


Tarawih. Aku bertarawih di Masjid Jamek Pasir Gudang. Tak sampai 5 minit dari rumah keluarga angkat tempat aku tinggal. Malam pertama memang penuh sangat-sangat dengan jemaah sampai tak tertampung. Tapi bila Ramadhan bertambah, jemaah pun berkurang. Tapi alhamdulillah, masih melebihi separuh masjid.


Jalan-jalan. Aku sempat mengenali Pasir Gudang dan Johor Bharu kat sini. Barulah aku tau besar jugak area Pasir Gudang dan ia turut dikelilingi tasik yang cantik. Sempat jugak aku ke Pasar Karat di JB pada waktu malam. Ianya  like Downtown Cheras. Kali pertama jugak aku ke Plaza Angsana JB. Selama ni dengar orang bercerita je. Turut tak ketinggalan ke Danga Bay. Dua kali aku ke sini. Paling aku suka dekat area JB ni, Singapore depan mata je and bandar tepi laut! How beautiful!

Report. Kedatangan aku ke sini bukan saja-saja. Aku harus menyiapkan report untuk dihantar pada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan AIM. Dua orang lecturer UiTM datang pada 7 Ogos. Aku rasa macam nak ikut diorang terus balik Segamat je waktu tu! Disebabkan mak angkat aku membuka kedai runcit, aku banyak menghabiskan masa di hujung program untuk berada di kedai.



Overall, aku sangat berterima kasih dengan layanan baik penduduk di sini. Mak cik-mak cik kat sini sangat mesra. Tak kurang jugak pada pemberian mereka dan mak angkat. Hargai sangat-sangat!

Tak tau la bila lagi aku dapat turun ke Pasir Gudang. 3 jam setengah perjalanan dengan menaiki bus. Apa pun, aku rasa seronok dengan pengalaman baru dan orang baru yang aku kenal. After this, harus struggle siapkan report yang harus disubmit one week after rayer!

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman