Tuesday 3 July 2012

Running Man

Salam. I'm sure kalau peminat Korea tu, mesti minat game show terpopular, Running Man. Am I right? Aku diperkenalkan dengan Running Man oleh sorang kawan sekitar Oktober tahun lepas. Hari tu aku amik dari episod 1-86 kat member. Dari situ la jadi kusyuk and addicted.

Dulu heboh mengatakan yang Running Man nak datang Malaysia tapi disebabkan ada sedikit masalah, mereka tak jadi datang. Let's hope another day they will be come. Hehe..

Terdiri dari Jae Suk, Suk Jin, Ji Hyo, Joong Ki, Joong Kook, Haha, Gary and Gwang Soo. Tapi Joong Ki hanya terlibat sehingga episod 41. Serius cakap kalau dah mengadap Running Man tu, memang lupa semua. Selain dari Korea, mereka juga telah ke Thailand dan China.

Kalau dilihat rancangan ni sebenarnya menunjukkan culture Korea, tarikan, budaya dan tempat-tempat menarik yang terdapat di Korea. Dari situ kita dapat mengenali Korea dengan lebih dekat.

Almaklumlah disebabkan rumah sewa tak da tv, jadi tersangatlah boring. Kami berempat serumah asal ada masa free je confirm Running Man! Kalau anda masih ingat satu ketika dahulu ada rancangan di Malaysia yang seiras dengan Running Man iaitu Explorace. Masih ingat? Explorace dibuka untuk public and menawarkan hadiah wang tunai di peringkat akhir.

Tapi memang tak da game show yang dapat tandingi Running Man. Hehe. Kelakar tengok gelagat masing-masing. Dengan si childish Haroro nyer, si tiger Commander, si loser Gwang Soo, Monday Couple, Big Nose SukJin, Grasshopper Jae Suk, semuanya membuatkan anda sangat terhibur.

Walaupun sekarang aku berada di minggu final exam, Running Man tetap tengok. Tak da maknanya aku gam rancangan tu sepanjang exam. Asal free je bukak.

Ok..nak sambung study and insyALLAH tengok Running Man kejap lagi. Haha.. Bubye!


1 comment:

Ardini Humaira said...

haaa p study cepat :D

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman