Sunday, 10 June 2012

2 Hari 1 Malam : Bekerja di Melaka

Salam. Selamat hujung minggu! Bekerja? Actually semalam aku dan housemate, Ina, Ayu and Sol ke Melaka untuk menyelesaikan kerja-kerja kami. Esok 11 Jun akan berlangsungnya Hari Keusahawanan untuk semua pelajar part 4 under Faculty of Business Management.

Gerai aku Fruit Bouquet. Berasaskan buah-buahan. Kami menjual air buahan dan buahan potong. Jika anda berada di area Segamat, sangat-sangatlah dialukan untuk datang!=_=

Semalam seawal 8.20 pagi kami bertolak dari rumah sewa. Hampir pukul 10 sampai di Duyong dan terus ke Family Store untuk beli barang. Seterusnya kami ke rumah Ina yang tak jauh dari situ untuk masak air gula. 15 kg!  Dibahagikan untuk dua part.



Kerja bukan setakat terhenti di situ, kami keluar semua untuk mencari mana-mana barang yang tertinggal kemudian ke Pantai Padang Temu untuk mencari kerang. Kenapa? Untuk decoration kedai. Semua tu ada markah. Contribute 10% carry mark.



Memandangkan air tengah pasang kat sini, jadi kami ke Pantai Klebang untuk amik pasir pantai. Pasir pantai yang ditambak tu kitorang kebas sikit. Ada jugak mak cik yang dok pandang je, tapi apa peduli. Cepat-cepat sumbat dalam kereta! Hehe. Mesti korang tertanya-tanya pasir ni untuk apa kan? Decoration kedai jugak ye. Nak buat style ala-ala kat tepi laut gitu!



Settle je semua ni and barang semua dah beli sampai penuh kereta, kami balik ke rumah Ina semula. Amik barang yang patut and disebabkan tong air sampai 4 dan besar, mak dan ayah Ina sendiri yang willing untuk hantar ke Segamat. Kami singgah rumah Sol dulu di Ayer Molek sebelum planning untuk terus balik Segamat.


Perjalanan ke rumah Sol sekejap je. Tak sempat nak pejam celik pejam celik. Actually ni first time aku ke rumah Ina and Sol. Mak Sol sangat baik and disebabkan ketika itu 6 petang, kitorang ditegah dari balik. Dah hampir malam. Perjalanan ke Segamat dah la banyak kelapa sawit. Jadi memang tak disangka, kami bermalam kat Melaka.


Sangat-sangat bersyukur coz turut bawak assignment. Bermalam kat Melaka bukan goyang kaki je tau! Tenaga dikerah sampai hampir 1 pagi untuk menyiapkan assignment. Boleh lihat buktinya di bawah.



Paling best, aku seronok mengunyak J.Co yang dibeli petang tadi di Jusco. Sedap teramat! Biasanya aku suka Big Apple. Tapi atas suggestion Ayu, aku try J.Co. Emm..sedap! Serius tak rugi beli. Kalau Big Apple seketul RM2.50, J.Co RM2.40. Berbagai perisa dan rupa yang menarik.






Pagi Ahad, kami terus bertolak balik selepas sarapan. Tak nak lambat. Banyak lagi kerja yang menanti di Segamat.


Kalau ada yang berkata-kata aku ke Melaka saje berseronok, aku cili nanti. Tau tak betapa penatnya memikir dan beli barang. Budget lagi mengikut modal yang dikeluarkan. Terkejar ke sana-sini dan bermalam tu bukan saje-saje. Terpaksa. Takkan la nak balik jauh malam-malam. Sampailah entry ni ditaip aku dah telan panadol and ubat sakit tekak. Demam tapi kena kuat!


Hope my Entrepreneurship Day esok berjalan dengan lancar. InsyALLAH..

3 comments:

saya_arief said...

mintak donut sikit.
:P

jeBateja said...

Nasib baik jauh...kalau dekat....den beli air kat kedai hang 2 gayung....ahakz

Lya Colours said...

hehe itu dugaan zaman belajar. nanti bila dah bekerja, semua tu jadi memori. teringat2 terkenang2 nanti

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman