Saturday 19 May 2012

Program Survival Mahasiswa UiTM

Salam. Khamis lepas, 17 Mei dari 8 pagi hinggalah 1 tengah hari telah berlangsung dengan jayanya Program Survival Mahasiswa UiTM di Dewan Sri Temenggung, UiTM Segamat. Program ni untuk semua pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM seluruh negara. Program di bawah penaung dan penasihat, iaitu ayahanda kami, Naib Canselor UiTM, Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Penceramah ialah orang Indonesia yang dah lebih kurang 4 tahun menetap di Malaysia iaitu Bapak Firdaus dan Bapak Arif Rahman. Penyampaian mereka sangat bagus dan matlamat program diharap sampai pada siswa/i dengan sebaiknya. InsyALLAH.

Paling tak boleh lupa, SALAM SEMUT yang diajar. Hehe. Macam mana salam semut tu? Dakap sikit kawan kita. Barulah terjalinnya kemesraan..=_=

Tu belum masuk part banyak video and lagu yang kena nyanyi sama-sama. Suara entah macam apa pun nyanyi asal redah je. Bila dewan digelapkan and dengan muzik yang kuat tu aku rasa macam dalam panggung je. Oh ye, nasib baik aku tak tertidur! Haha..

Program selama beberapa jam ini menekankan tentang pentingnya agama, negara, UiTM dan segala tanggungjawab yang sepatutnya kita sedar. Sedikit-sebanyak ia menginsafkan kita yang selalu lupa ni. Memang ia nampak macam sama dengan program motivasi kita time zaman sekolah dulu, but I'm sure dalam umur sekarang ramai dah boleh berfikir dengan lebih mendalam intipati program tersebut.

Kedua-dua penceramah ini akan bergerak dari satu kampus ke satu kampus untuk menyempurnakan program yang dirancang oleh our VC. Turut diselit video dari our VC tentang peringatan dan harapannya pada semua student UiTM.

Alhamdulillah.. Program ni dapat sambutan yang baik dari semua pelajar. Hope program ni boleh diteruskan untuk masa hadapan. UiTM di Hatiku!=_=


2 comments:

Fazleyatul Aini said...

uitm always in my heart walaupun dah 3 tahun meninggalkan nya

fyy mokhtar said...

hai awak:) macam best jer program tu. duduk kampus memang kena join segalan bagai program kalau tak. seriously boredom coming :D

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman