Tuesday 15 May 2012

13 Mei..22 tahun

Salam. Maaflah..kekangan masa menyebabkan entry lambat ditaip. Alhamdulillah...13 Mei tiba lagi pada Ahad lepas menandakan cukup lah umur 22 tahun.

Tapi untuk birthday kali ni buat pertama kalinya aku berada dari pagi di Segamat menguruskan Family Day Islamic Banking Student Associations (IBSA) coz aku bertindak sebagai ajk permainan. Paling best bila banyak urusan macam ni, call free.

Entry tentang Family Day akan dipost kemudian. Ucapan ribuan terima kasih yang sangat-sangat tak terhingga pada semua yang wish my birthday. Tak kisah la melalui facebook, sms, call or face to face. Really appreciate that! Juga to one of my classmate yang wish my birthday through microphone tengah-tengah Family Day tu..=_=

Thanks a lot to budak-budak rumah yang buat surprise birthday. Sangat terharu! Walaupun kek nyer kecik comel je, yang penting ikatan persahabatan yang terjalin. Dah la kat McD waktu tu. Bedal je! Surprise ni malam 12 Mei. Celebrate in advance.


Memandangkan 13 Mei jatuh pada hari Ahad dan sama dengan sambutan Mother's Day, aku tetap balik kampung walaupun Isnin nya ada kelas. Sanggup ponteng semata-mata nak sambut birthday. Serius cakap, tak pernah  lagi seumur hidup 13 Mei aku tak berada di rumah. Before this zaman diploma bulan Mei sure cuti sem. Bila kalendar degree dah berubah, Mei adalah  masa pengajian. So, peduli apa. Bithday tetap birthday!

Selepas selesai menguruskan Family Day, aku amik bus 3.30 petang. Selamat sampai Seremban 6 petang. Sampai je kampung, keluarga termasuk mak cik dan kakak sepupu yang paling aku rapat dah sedia menunggu. Potong kek lagi! Dengan keadaan berpeluh-peluh and muka dipenuhi minyak tu, potong kek kali kedua.


Oh ye, apa yang aku perasan untuk birthday kali ni, banyak ucapan wish disusuli dengan 'semoga cepat bertemu jodoh'. Haissh! Nak cakap aku dah tua la tu. InsyALLAH... Doa-doa kan lah...=_=

2 comments:

Fazleyatul Aini said...

selamat hari lahir ya
semoga panjang umur murah rezeki dan diberikan kesihatan yg baik, dan berjaya dalam pelajaran. insyaAllah

akue said...

alamak...baru tw...happy belated brthday.... pa pun smoga pnjg umo n dimurahkan rezki srta mndapat kbhgiaan yg berkekakaln hngga akhir hayat.... tapi memg btul2 nekad tu p smbut brthday..bye2 klas...hahaha

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman