Saturday 28 April 2012

WISE @ Pasir Gudang PART II

Salam. Dalam entry before this aku ada mention nak terangkan WISE or Woman In Social Enterprise dengan lebih lanjut. WISE adalah program baru Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang kali ini bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). AIM adalah satu badan yang provide fund untuk menjalankan business. Program WISE melibatkan kaum wanita yang mempunyai perniagaan sendiri dan asalnya menggunakan pinjaman AIM.

Program ini menyasarkan 400 pelajar dari seluruh IPTA di Malaysia. Mereka yang betul-betul komited sahaja boleh join. Yang aku pergi ni adalah pembukaan. Program sebenar akan berlangsung pada bulan Julai nanti. Aku ada mention di entry lepas yang kami dapat mak angkat. Satu mak angkat lebih kurang 2 orang anak angkat. 

Kami dikehendaki duduk sebulan dengan mak angkat. Minggu pertama kami akan dilatih dengan skill seperti kewangan, pemasaran dan lain-lain. 3 minggu berikutnya kami harus mengajar dan membantu mak angkat supaya dapat menjalankan business mereka dengan lebih lancar dan ajar mereka skill yang sepatutnya mereka kuasai. 

Selepas program tamat sebulan kemudiannya, kami dikehendaki menyiapkan laporan untuk disubmit pada KPT. Elaun turut diberi walaupun kami duduk dengan mak angkat selama sebulan dan sepanjang tempoh sebulan, 2 kali pemantau akan datang.

Clear tak?

Now..continue story untuk hari terakhir di Pasir Gudang..


Ahad 22 April
Tidur yang lena malam tadi menyebabkan ramai yang terlambat sikit bangun. Tapi mata aku tetap mengada-ngada. Sebelum pukul 6 dah bangun. Sarapan nasi lemak membuatkan perut penuh!



Kami bertolak dari Smart Home ke Politeknik Ibrahim Sultan dalam keadaan hujan yang merahmati pagi tu. Seluruh pelajar IPTA dibahagikan pada 3 group untuk taklimat. Nasi lemak telah membuatkan aku sangat sleepy sepanjang taklimat. Haha..

Untuk majlis penutup, kami berkumpul di dewan utama. Segalanya berjalan lancar dan selesai lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Makanan kami sentiasa disediakan dan kami berpeluang amik berapa banyak yang kami nak. 

Dalam syok makan mengunyah tu, mak angkat aku datang. Meh aku kenalkan dengan korang. Orang Port Dickson, Negeri Sembilan. Bukak business spa dan produk kecantikan. Oh I like! Aku dan sorang kawan, Anis memilih dia sebagai mak angkat kami. Kami memanggilnya..Ibu Zura *yang tengah tu*..


Overall, aku rasa sangat seronok sepanjang 3 hari 2 malam kat sini. Satu pengalaman baru ditimba. Walaupun penat tapi puas..

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum, inshaAllah sy pun join ni utk peringkat ngri Sabah. best ka program ni ? hihi

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman