Sunday 1 April 2012

Personal Taste

Salam. Aku minat drama Korea semenjak Winter Sonata lagi iaitu since 2002. Sehingga 2005 minat tu berterusan kemudian ter-stop sekejap, tak ingat sebab apa. Then aku follow balik start awal 2011 melalui drama My Girl.

Bila dah lama tak follow, banyak la cerita yang aku kena cover. Thanks to my sahabat baik, Syira yang mengajar aku mendalami lagi dunia Korea ni. Hehe. Now, aku dah start pulak beli DVD drama sendiri. Daripada pinjam je sekarang beli untuk koleksi sendiri pulak. Baru-baru ni, aku rembat drama Personal Taste. Yang penting mesti ada English subtitle. Bukan lupa daratan pada bahasa ibunda tapi tau je la subtitle bahasa ibunda, confirm merapu punyer!

Mesti ada yang kata "Cerita dah lama la.." or what so ever. Ada aku kesah? Yang penting, tengok.. Kalau ada yang belum pernah tengok, ini sinopsisnya..


Drama Personal Taste mengisahkan drama  tentang dua watak yang berbeza bagai langit dan bumi.. Seorang,  wanita cuai, Park Gae In (Son Ye-jin), yang baru ditinggalkan kekasih hati yang dirampas teman baik sendiri mula kembali ceria kerana dikurniakan seorang penyewa yang merupakan lelaki lembut. Manakala lelaki yang dia salah sangka lembut itu sebenarnya seorang lelaki berkarisma iaitu Jeon Jin Ho (Lee Min-ho). Berlaku pelbagai kisah mencuit hati, kelakar malah adakala menyentuh perasaan  apabila mereka tinggal bersama.


Jeon Jin Ho seorang yang lurus yang berpura-pura sebagai gay  telah menyewa bilik di rumah Park Gae In. Dia seorang arkitek yang amat suka sesuatu yang teratur, kemas dan sistematik. Dia juga amat terkenal dengan muka poker tabah beliau. Selain seorang penganut setia kebersihan, dia juga mempunyai bakat dalam menyelami perasaan wanita. Gae In pula seorang yang kelurusan dan kurang bagus dalam bab-bab pengurusan hidup. Dia juga sangat mudah percaya pada lelaki walaupun dia sering dikhianati. Malah dia yakin Jin Ho berbeza. Sedang hakikat sebenar Jin Ho mempunyai niat tersembunyi iaitu demi memenangi projek bagi firma senibinanya. Bagaimana agaknya Gae In bertindak balas apabila dia mendapati bahawa rakan sebilik gay dia sebenarnya bukan gay? Malah mempergunakannya? Dan lebih teruk dia telah jatuh hati kepadanya?


"Personal Taste" membawa penonton meneroka apa yang paling penting dalam hidup ini.  Antara  kerja dan cinta sejati.  Ia menjadi sebuah drama yang bukan sahaja tentang percintaan seorang lelaki yang menyamar sebagai gay tetapi menunjukkan pembangunan hubungan interpersonal di kalangan watak-watak. "Personal Taste" telah ditulis oleh Lee sae-in, penulis karya asal dengan nama yang sama, jadi peminat karyanya tidak akan kecewa kerana "Personal Taste" hidup seperti cerita asal.



Apa yang buat aku mula-mula tertarik nak rembat drama ni, of course la kerana si handsome Lee Min Ho. Memang buat anda terpacak dan terpaku. Kalau tak sedar diri, satu kerja pun tak kan dibuat.


Asal perempuan tengok movie je, mesti nak tengok hero kan? Apa, kalau hero tak handsome, tak nak tengok ke? Emm.. Sejujurnya kalau aku la, hero Korea tu tak handsome or good looking memang aku tolak tepi drama tu. Haha. Bukan kejam, tapi tak da semangat nak tengok. Haha. Tapi normally drama Korea hero mesti good looking punya la! Ahaxx!

5 comments:

abgDude a.k.a kai said...

wah City Hunter...
nyeh nyeh nyeh...

=Visit My Blog=

http://encikkai.com

Fazleyatul Aini said...

saya dulu zaman sekolah ada gak layan korea
paling ingat cerita successful story of a bright girl. best sgt cite tu
pastu dulu kat tv3 selalu tayang cite jepun best2. skrg xde dah

Hirdayu Rahmat said...

maya da tengok jugak tapui tak faham sangat ~! sekarang barulah faham... mekasih na ! sekrang ni nak tengok balik cerita ini ~

Noor Fatin said...

saya langsung xminat korea. tak tau kenapa :( dlu dapat rumate semuanya gila tgk korea. diorg siap cakap diorg akan buat saya minat tgk, tapi ntah bersem2 dok dengan diorg pn saya tak layan. hahahah penah layan cite my girl tapi sampai separuh je sbb rasa boring. huk2 xtau la kenapa.sampai la skrg.. :P

ILA HonEyBuNNy said...

best cerita neh...hehe

itu la..kawan2 ila selalu ckp.kalau hero xencem xnak tgk..hadoii..ehheh

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman