Thursday 5 April 2012

Menonton Mirror Mirror

Salam. Tepat 12.20 tengah malam aku dah berada di depan lappy sambil menarik tudung dari kepala. Baru je balik dari menonton wayang. Hee~~

Ini lah aktiviti di hari Rabu di kala wayang hanya RM7. Berbaloi-baloi! Aku menonton bersama another 2 lagi housemates. Mirror Mirror baru je seminggu ditayangkan dan waktu menonton 10.20 malam tadi pun boleh tahan ramai jugak dalam panggung. 


Sinopsis..

Mirror Mirror merupakan kisah dari lagenda, Snow White. Satu penceritaan semula yang segar dan lucu menampilkan pelarian bintang Lily Collins sebagai Snow White, seorang puteri dalam buangan, dan Julia Roberts sebagai Ratu Jahat yang kejam memerintah kerajaan.


Tujuh kerdil pemberontak berani bergabung tenaga dengan Snow White kerana dia berjuang untuk menuntut hak kelahiran beliau dan memenangi hati seorang Putera. Komedi pengembaraan ajaib ini dipenuhi dengan cemburu, romantik, dan pengkhianatan yang akan menawan hati dan imaginasi para penonton. Filem ini turut dibintangi Armie Hammer sebagai Putera, dan Nathan Lane sebagai hamba malang kepada Ratu Elizabeth.


Komen..

Secara keseluruhannya, cerita ni sangat best dan menghiburkan. Confirm tak rugi menonton. Merupakan satu filem yang ringan serta elemen lawak turut ada okeh. Penceritaan yang sangat tersusun dan tak merumitkan untuk difahami.

Mirror Mirror menjanjikan satu kepuasan yang tersendiri. Ada beberapa perkara yang dimodenkan berbanding dengan versi asal Snow White. Of course la ni versi milennium punyer. 

Aku bagi 4.7/5 bintang untuk filem ni. Pada anda yang masih belum menonton dan masih tercari-cari cerita apa untuk ditonton, bolehla menjadikan filem ini sebagai antara pilihan anda. Selamat menonton!

3 comments:

Anonymous said...

Seronok je Mirror Mirror tu! Oh, ya! SY tag awak kat segmen Nabil.
SEGMEN: Doodle untuk Follower by Nabil
kalo awak nak doodle free, join la! : http://alittlegirltale.blogspot.com/2012/04/segmen-doodle-untuk-follower-by-nabil.html

adventure mama said...

besh ekk..byk plak cite snow white nak kuar kan..nnt ade yg kristen steward belakon jgk..hehe..nak tgk la yg ni

Ziera Ieyah said...

mmg nk tgk cite nie. ngah tgu time free je nie. hehehe

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman