Monday 9 April 2012

Keseluruhan ABPBH 2011

Salam. Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 telah melabuhkan tirainya malam tadi dengan 17 kategori dipertandingkan di samping anugerah utama iaitu Bintang Paling Popular, Pencapaian Sepanjang Hayat dan Anugerah Seri Perak.

Disebabkan rumah sewa tak da tv, aku and housemate ke rumah member yang tak jauh dari rumah kitorang untuk menonton. Tepat pukul 9 kitorang dah ada terpacak depan tv dia. Member aku tu bukanlah minat sangat dengan hiburan, cuma aku ni je yang terpacak dari mula sampai habis.

Senarai pemenang ABPBH 2011

- Bintang Paling Popular: Aaron Aziz - Artis Duo / Berkumpulan Popular: Ning Baizura/Shila Amzah/Jaclyn Victor

- Artis Baru Wanita Popular: Tasha Shilla 

- Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail 

- Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias 

- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Sheila Majid

- Pengacara TV Lelaki Popular: Zizan 

- Artis Baru Lelaki Popular: Johan Ariff As’ari 

- Pelakon TV Lelaki Popular: Fizz Fairuz

- Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana 

- Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana 

- Artis Komedi Lelaki Popular: Johan Raja Lawak 

- Anugerah Seri Perak: Datuk Siti Nurhaliza 

- Penyanyi Lelaki Popular: Hafiz 

- Pelakon Filem Lelaki Popular: Aaron Aziz 

- Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha 

- Pelakon Filem Wanita Popular: Maya Karin 

- Penyanyi Wanita Popular: Yuna

Overall, persembahan malam tadi sangat best. Paling aku suka performance Stacy yang penuh bertenanga, Datuk Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Najwa Latif & Black, Shiha, Mas Idayu and banyak lagi la. Semuanya penuh bertenaga and memberikan persembahan yang baik.

Dari segi pemenang pulak, nampaknya banyak yang berubah. Cuma ada 4 pemenang je yang mengekalkan kemenangan seperti tahun lepas. Bila banyak yang berubah macam ni, barulah seronok. Industri berkembang secara positif. Tak da la balik-balik muka yang sama je.

Duo Popular yang diungguli 3 Suara contohnya memang sudah dapat dijangka. Koloborasi mereka mendatangkan tuah. Lihatlah mereka merangkul Naib Johan di Anugerah Juara Lagu yang lalu. Kemenangan Tasha Shilla untk Artis Baru Wanita Popular sangatlah aku tak jangka. Aku assume Neelofa or Izara Aishah.

Zizan pulak nampaknya trofi Pelakon Komedi Lelaki Popular telah bertukar tangan kepada rakannya Johan. Johan memang tak kurang hebatnya dan aksinya sentiasa mencuit hati. walau bagaimanapun Zizan berjaya mengungguli Pengacara TV Lelaki Popular. Anugerah yang setelah sekian ama dipegang oleh Aznil Hj Nawawi @ Pak Nil and Pak Nil sendiri yang berlari ke pentas untuk menyampaikan anugerah tersebut pada Zizan.

Kemenangan bersar Aaron Aziz malam tadi memang sudah banyak diramal di dada akhbar dalam tempoh beberapa hari menjelang ABPBH 2011. Semuanya kerana penangan Ombak Rindu. Sangat besar impaknya sehingga dinobatkan sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular dan Bintang Paling Popular.


Jom kita tengok fesyen artis di ABPBH 2011..







1 comment:

Noor Fatin said...

puas hati dgn kemenangan aaron! ;D

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman