Monday, 9 April 2012

7 April 2012..Pertunangan kakak sepupuku

Salam. 7 April baru-baru ni telah berlangsung majlis pertunangan kakak sepupu yang paling aku sayang and rapat, Kak Dila. Berumur 25 tahun dan kini aku terpaksa berkongsi beliau bersama tunangnya..T_T.



Bila dia melangkah ke satu fasa baru, aku antara orang yang paling gembira. Tak kurang jugak sedih sikit coz aku kena berkongsi dia dengan orang lain. Dan aku juga kenal baik dengan my bakal abang ipar yang sporting and slumber habis, Abang Iki.. Jaga my kakak baik-baik ye. Buat pengetahuan semua, mereka ni bercinta sejak di bangku sekolah lagi, tingkatan 5.



Majlis bertemakan warna oren. Pelamin turut tersergam indah buat si tuan badan. Emm.. Sekarang bertunang pun ada pelamin kan? Ada tema lagi. Sok aku nak buat colour apa pulak ek? Tett...




Majlis yang berlangsung pada Sabtu lepas berlangsung dengan sangat meriah. Lebih kurang 12 kereta dari rombongan pihak lelaki sampai penuh la rumah. Perbincangan mengikut adat dan acara menyarung cincin juga dapat dilakukan dengan sempurna.



Cik Mai? Of course selain busy snap pic, sibuk jugak kehulu-hilir memastikan hidangan sempurna. Kena pastikan segala-galanya ada. Takut nanti tetamu nak makan, susah. Walaupun dengan berkebaya, tapi kaki ni hanya menyarung selipar cap ala jamban semata-mata memudahkan pergerakan. Walaupun penat, tapi puas.







Buat my beloved sis and bakal abang ipar, selamat bertunang..:).. InsyALLAH wedding you all tahun depan kak yong ada coz praktikal waktu tu...

2 comments:

NOOR FATIN said...

slamat bertunang kepada beliau! hehe cantik la baju dia :)

onie said...

tahniah buat kakak sepupu awak :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman