Sunday 25 March 2012

Tragedi malam 22 Mac

Salam. 22 Mac bersamaan Khamis minggu lepas. Ada beberapa story yang diselitkan.


Dalam pukul 8 malam we all ber-4 nak keluar makan. Member aku, Ina start kereta, sekali tak hidup. Bukak depan isi air and detect yang bateri problem. Ayu yang bijak pandai ketuk-ketuk sikit bateri tu and finally kereta hidup! Ahah! 

Kami pergi makan then beli barang. Bila nak start kereta, dia problem balik. Ketuk lagi, tapi tak mampu jugak. Haiisshh! Kat tengah bandar ni. Terang-terang depan kedai pulak tu. Nasib kami baik coz ada sorang abang yang baik hati menolong. Rupanya ada satu punat kat bateri tu tak ketat. So, dia pusing kan sikit and alhamdulillah kereta boleh start semula.

On the way balik kami nak ke Taman Mida, taman perumahan yang tak jauh dari taman kitorang. Rumah member lelaki nak pinjam spanar kasi ketatkan punat kat bateri tu. Dengan keadaan jalan yang gelap and tak cukup lampu, member aku hampir salah masuk simpang and brek mengejut! Silap sikit je memang kitorang akan jatuh menjunam ke bawah and rempuh rumah orang. Syukur tak terjadi apa-apa.

Then, tengah duk cerita and lega dari rasa terkejut hampir terjunam tadi, member aku yang drive tak perasan bonggol pulak. So, terhentak macam naik roller coster la kitorang yang lain ni. Adoi...

Sampai rumah member lelaki yang baik hati untuk meminjamkan spanar, ada la dalam 15 minit kat situ. Dia and budak rumah tolong ketatkan. Kitorang cuma suluh kasi cahaya je..:p

Dan kini lega.. Kereta dah ok. Tapi apa pun yang paling kami tak boleh lupa brek mengejut tu. Syukur masih dipanjangkan umur. Dah la tak kahwin lagi! Ahax!

4 comments:

Fazleyatul Aini said...

hep saya duduk taman mida dulu !
eh kalau terjadi kat saya, jangan kata nak ketuk2 bateri ke hape ke. menganga je la. tak tauuu

asfira aminuddin said...

alhamdulillah you tak apa apa babe! pesan kat kawan u focus bila bawak kete especially waktu malam :)

Un Phat Lee said...

syukur.umur masih panjang. :)

Liza Razak said...

Alhamdulillah..nasib baik semuanya selamat

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman