Tuesday 6 March 2012

Pengambilan makanan & minuman yang harus diubah

Salam. Apa kaitan semester baru dan pemakanan? Aku tau yang you all pun sedia maklum, pemakanan amat penting dan menyumbang pada faktor kesihatan especially untuk student yang menggunakan otak. Kekuatan mental.

Ada beberapa jenis makanan yang tak baik untuk otak. Antaranya asam, jeruk, minuman bergas, keropok and mee segera. Aku dah lama tau benda ni dan sangat-sangat sedia maklum, tapi sepanjang UPSR, PMR or SPM, aku tak pernah amalkan pantang. Adik bawah aku yang tengah tunggu result SPM sangat amalkan pantang tu and ternyata ianya berhasil berdasarkan result UPSR, PMR and sepanjang dia menuntut di MRSM.

Kalau anda pernah baca tips dari pelajar cemerlang antaranya Nur Amalina Che Bakri yang memperoleh 17 A1 dan Azali Azlan 20 A1 1 A2 dalam SPM, mereka  antara individu cemerlang yang menjaga pemakanan. Penting untuk pelajar mengetahui apa yang elok and apa yang tak elok untuk diamik.

Of course kalau ditanya makanan and minuman yang aku senaraikan tadi tu sedap. Boleh diamik tapi sesekali. Diulangi, sesekali sahaja. 

Sem baru.. Aku bertekad nak tukar cara pemakanan and tak kurang juga k minuman yang tak berapa baik. Dari diploma, maggi wajib ada. Kadang-kadang setiap hari aku makan. Ibu kata tak elok untuk kesihatan, tapi aku bedal je. Keropok pun sama. Favourite! Terutama yang jenis kentang and pedas sikit.

Maggi and keropok yang sangat banyak perasa

Aku nak kurangkan amik 2 benda ni. Cukup-cukuplah. Tu memang antara cikedis yang selalu dibeli. Mula-mula maybe susah nak control, tapi kuatkan semangat. Setakat hari ni, aku belum beli maggi lagi untuk stok kat rumah sewa. Kalau dah teringin sangat nanti, baru aku makan sesekali.

Dulu, setiap pagi, a cup of white coffee. Setiap pagi! Even keluar pun akan order minuman berkafein. Aku tau tu tak elok but that's my favourite. Capuccino, mocha, late, tu sume sama spesies. Aku selalu akan sakit kepala. Hampir setiap hari. Aku tau ia berpunca dari pengambilan kafein tapi aku degilkan jugak rasa ni, amik jugak. Sakit kepala pun sakit la. Kalau tak tahan, telan panadol.

Dari white coffee bertukar ke hot chocolate. Hot chocolate tu lagi sedap kan?

Tapi..selama mana nak macam tu. Kadang-kadang tak tahan jugak. Amik panadol selalu lagi tak elok. Effect kemudian hari kita tak tau. Oleh itu aku bertekad untuk bertukar ke hot chocolate. No more caffein every morning. Kalau makan kat luar pun dah jarang order. Kalau teringin aku order neslo..nescafe + milo.

Memang seharusnya aku tukar makanan and minuman yang tak sihat ni. Aku harap amalan ni akan berterusan. Lagipun benda ni bukan untuk kita belajar je, tapi untuk kesihatan jugak. Yang penting, kuatkan semangat menahan godaan rasa yang mengada-ngada ni..=_=

4 comments:

zila norazila said...

thnks info berguna..;)

mr said...

Gosh!!! Same as me!! Xboleh nak elak caffein!!! Almost everyday minum, but normal kot for student. Kot la kannnn... Haha... Now, even everyday minum kafein, mas always amalkan 3 bottle of mineral water at least. Konon nak normalkan balik kandungan2 dalam badan. haha!!!

Unknown said...

yg bhaya jugak yg palaing mudah nak sediakan....meggi contoh palaing dekat..hahaha...sy pun tggal asrama ni..megi la juadah sampingan..

Rtp Farra Arisha said...

hehe godaan dan penangan rasa & citarasa itu membuatkan kita terus2an mau makan. most importantly, sebaik2nya kita elakanlah daripada makan junk food secara berlebihan tanpa mengawalnya. but it's okay to take it once in awhile. :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman