Thursday 22 March 2012

Menonton 7 Petala Cinta

Salam. Tepat pukul 8.30 malam semalam, ak dan sorang lagi roomate, Ayu ke 1 Segamat untuk menonton wayang. Dah berapa lama nak tengok cerita ni, akhirnya tertunai jugak.




Sinopsis..
Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yangsudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.

Komen..
Secara keseluruhannya aku rasa cerita ni ok la, not bad. Aku menonton coz nak tengok kelainan di mana macam mana cinta berlandaskan Islam yang dikupas.
Watak Attar (Aeril) berjaya dibawakan dengan sebaiknya begitu juga dengan watak Hilma Aqila (Diana Amir). Cuma lontaran vokal yang agak kurang sikit dari pendatang baru Shima Anuar yang membawakan watak Saidatul Nafisa.

Babak yang paling tersentuh pada aku, part Attar dituduh melulu tanpa usul periksa kemudian disuruh keluar dari madrasah dan juga babak di mana ketika Attar ingin menyerahkan Saidatul Nafisah semula kepada Hamka.

Aku bagi 3.5/5 bintang untuk cerita ni. Dalam panggung semalam pun mostly budak UiTM. Mungkin ada yang tak berapa minat dengan cerita yang berunsur Islamik ni. Tapi, why not anda pergi menonton cerita ni. Asyik cinta secara konvensional *term aku sendiri..hee~~* je, cuba tengok cinta berlandaskan Islam. Kita ni kan umat Islam.

So, selamat menonton!

3 comments:

abgDude a.k.a kai said...

hehehe...
br tengok eks..
yg menghidupkan cite ni si soleh ngan leman tu

Fazleyatul Aini said...

saya sukaaaaaaa cerita
genre macam ni suka layan. dengan cerita cinta islamik yg indonesia. pon best

wah best la skrg segamat ada wayang. zaman kita dulu, nak meliburkan diri pergi karok kat nirwana je. tsk tsk tsk

Firdaus Jamaludin said...

wah..ada 1 Segamat dh ye?..lama dh tak ke sana :p

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman