Friday, 2 March 2012

Friendship..it never ends

Salam. Hari ni aku nak kongsikan tentang rakan rumah sewa aku. Aku duduk rumah 2 tingkat yang disewa seramai 5 orang kat Segamat tu dengan harga RM180 sebulan. Ramai rakan kampus yang tak percaya dengan jumlah semurah itu.

Kenapa nak cerita pasal diorang pulak ni? Actually aku bersyukur dapat kawan-kawan yang sangat baik. Duduk tempat orang, berkongsi susah senang, memahami antara satu sama lain. Kawan time senang ramai, susah? Kawan time susah tu la yang kita nak cari.


Setelah digodek lappy, aku jumpa pic yang dirakam bulan 10 tahun lepas
Dari kiri : Ayu, Me, Anis, Sol and Ina

Ayu
Mula kenal sem 6 zaman diploma dulu, sekelas. Ayu ni sangat lembut orangnya dan of course tengok pun tau dia tinggi dari aku. Tinggi 8cm. Hak hak. Ayu baru je bertunang bulan 1 hari tu dan kat rumah sewa, dialah transport utama kitorang. Kalau bab-bab akaun rumah pun Ayu yang pegang. Dia ni orang Johor. So, Segamat tu pun area Johor jugak kan?

Anis
Aku baru kenal Anis kat Johor ni. Dia dulu diploma dari UiTM Segamat jugak. Hujung bulan 10 baru dia join rumah sewa kitorang. Walaupun baru kenal, kami sangat sekepala. Anis ni orang Ampang. Dialah manusia yang selalu panggil aku 'Kak Yong' kat rumah sewa tu. Kenapa? Sebab aku lahir bulan paling awal antara yang lain.

Sol
Walaupun Sol belajar tempat yang sama dengan aku diploma dulu, tapi aku tak pernah kenal dia. Dah sampai rumah sewa kat Johor tu baru kenal. Dia ni kawan baik Ayu. Hari pertama jumpa dah ada keserasian. Orang Melaka and jangan ingat nampak je macam lembut tapi kadang-kadang brutal jugak.=_=

Ina
Aku kenal Ina sama macam Ayu. Sem 6 diploma. Ina sangat senyap orangnya okeh. Macam ada emas kalau nak dengar dia bercakap. Mula-mula duduk rumah sewa and sebilik dengan dia, aku ingatkan dia ni senyap sangat-sangat lah. Tapi dah lama sebilik, rupanya kuat menyakat jugak. Kadang-kadang Ina yang control perangai aku yang tak berapa nak betul. Paling merisaukan, dia bising kalau aku makan keropok! Waa...that's why kalau nak makan keropok, jangan bagi Ina nampak. Hehe. Dia ni dapat Anugerah Naib Canselor (ANC) diploma dulu. Juga orang Melaka.


Pada aku, bukan senang nak cari kawan yang boleh terima kita seadanya. Sama susah and senang. Semestinya aku bersyukur dikurniakan mereka and hope our friendship never ends.

7 comments:

littledolphin said...

alhamdulillah dulu kamu dapat housemate yang serasi. :)

insyaAllah persahabatan kalian berkekalan ya! ;)

asfira aminuddin said...

betul. bukan senang nak cari kawan yang betul betul kawan dan sanggup bersama kita susah dan senang. kamu bertuah sebab dapat kawan sebaik mereka. be happy always! :)

onie said...

rindunya zaman study :(

orggilacinta said...

jom jopin contest saja2 buang masa kat blog i http://nurhezlinda.blogspot.com/2012/03/contest-saja-saja-buang-masa.html

Aesya Zealous said...

murah gilaaa rm180..kalau kt shah alam ni mau rm1800..hoho

RealNS said...

yup ! awesome bila ada kawan yg sporting n memahami . selamat menghabiskan pengajian kat Segamat ye ? kiter dah habis bulan 3 nanti. jaga uitm baik2 tau ^^

nik rosmawati said...

best kan ade kwn baik .

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman