Tuesday, 27 March 2012

Education Fair 2012

Salam. Sabtu bersamaan 24 Mac baru-baru ni aku and 2 orang adik ke Mid Valley bersempena Education Fair 2012. Dari KTM dah ramai inikan pulak dekat Mid Valley.

Berpusu-pusu pelajar membanjiri Education Fair yang terletak di tingkat atas sekali bersebelahan Food Court. Nak masuk kena pegang antara satu sama lain, takut hilang. Education Fair ni membabitkan IPTS di Malaysia. Banyak. Antaranya, Segi College, Help University College, Taylor College, MSU, International Medical University (IMU) dan banyak lagi. Macam-macam program yang ditawarkan dan fakulti yang pelbagai.


Aku menemankan adik perempuan yang baru dapat result SPM baru-baru ni. Dia sangat meminati bidang sains so we all saje je pergi this event untuk tengok apa yang ditawarkan IPTS untuk pengambilan kali ni. Education Fair ni mengkhususkan pelajar lepasan SPM and STPM.


Kalau dah namanya IPTS, mesti la ramai non-Muslim. Dan paling penting mostly you all harus speaking kat sini. Hanya 20% je bahasa ibunda yang akan keluar dari mulut. Maybe coz they all ni sume tak pandai bahasa ibunda. Ye la, sekolah dulu tak belajar BM betul-betul. Haha.

Overall, program ni sangat bagus untuk semua pelajar di luar sana. Sure sekarang ramai yang pening kepala memikirkan nak isi kos apa, kat mana. Yang penting, buatlah pilihan yang terbaik. Kalau anda masih kabur, buat research tentang kos atau Uni yang anda pilih, tak pun boleh tanya pada mana-mana kenalan yang dah pun further study.

Oh ye, minggu depan bersamaan 31 Mac - 1 April, ada Karnival Jom Masuk U under Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di lokasinya yang terakhir untuk 2012 iaitu di Mines International Exhibition Centre, Seri Kembangan, Selangor.  Adik-adik yang berkenaan, jangan lupa serbu!!!

5 comments:

pha is said...

bagus la... siap ada fair lagi.. aku dulu, pakai hentam isi je untuk lepasan spm.. heheheh

Fid Yuuji said...

haha..sy pun study ipts..kat tmpt kitorg..dlm kelas je speaking bagai..luar kelas kuar balik dh loghat negeri masing2

nur atiqah wahida said...

untung la ada fair..hehehee...

cik wanie Lovela (CWL) said...

untunglaaaaaaaaaa

Ihsan Arifin said...

haha masuk je mane mane pun.
yg penting study bukan main main buat benda benda lagho :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman