Thursday, 1 March 2012

Cinta Kura-Kura

Salam. Its March already. Rasanya macam baru semalam masuk 2012. Tahun yang panas dengan kontroversi.

1 March menandakan bermulanya tayangan filem terbaru terbitan KRU iaitu Cinta Kura-Kura yang menampilkan Tiz Zaqyah dan Aeril Zafriel sebagai tunjang utama. Turut dibantu oleh Zizan Raja Lawak yang menyumbangkan suara untuk si kura-kura.


Sinopsis..


Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.
Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

Kenapa aku nak tengok cerita ni?
1) Of course disebabkan pelakonnya yang cantik dan handsome. Hak hak. Teringin nak tengok Tiz berlakon watak sempoi macam ni. Biasanya dia selalu bermain dengan watak yang penuh emosi je. Aeril pulak, selalu tengok dia dalam drama tapi rasanya ni first time nak tengok dia dalam filem.

2) Cerita yang unik. Cerita ni menggunakan teknik CGI di mana Nico (kura-kura) pandai bercakap and bijak. Tak sabar nak tengok gelagat si Nico ni. Tengok trailer pun dah cukup buat excited nak pergi menonton.

3) Komedi romantik. Actually aku suka cerita macam ni. Sempoi, tak berat and terhibur. Bukannya aku tak suka cerita macam Ombak Rindu yang sarat dengan emosi tu, tapi cerita macam ni bagus untuk release tension and gelak-gelak. Tambahan pulak Zizan yang jadi Nico tu.

Tapi...

Aku tak dapat tengok cerita ni awal. Maybe lepas beberapa hari ditayangkan coz lusa aku dah nak balik Johor. Banyak barang perlu dikemas and Isnin dah start kelas. Yang pasti, aku tetap tak kan lepaskan peluang untuk menonton  filem ni. 

Apa lagi? Jom serbu panggung beramai-ramai..=_=

5 comments:

Lya Colours said...

tak sabar nak tunggu cerita 7 petala cinta

cik dila.. said...

lor..cerita ke nih ? penah dengar orang selalu sebut.xpenah tgok lagi. ngee :)

AMALINA YA'AKUB said...

mcm best ja movie ni

Nelly The Strange said...

macam best ... nak tengok2 !!!

Zie Madini said...

tak sabar nk tgk movie ni taw. mesti tgk! hehe

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman