Friday 16 March 2012

Breakfast RM2 and Lunch RM4 for students

Salam. Alhamdulillah.. Rezeki untuk rakyat Malaysia. Thanks to our Prime Minister. Anda sure familiar dengan Menu Rakyat 1 Malaysia (MR1M). Breakfast serendah RM2 and lunch RM4. Harga yang sangat murah dan ideal untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan.


Bayangkan, ada RM5 dalam kocek pun dah dapat makan dengan kenyang. Kalau tak da MR1M, pergilah mana-mana kedai, ada yang letakkan harga tak setimpal. Sesuka hati je nak mark up lebih-lebih.

Jika dulu MR1M hanya pada kedai makan di luar sana, dan kini MR1M turut diperluaskan ke IPTA and IPTS seluruh negara menjelang akhir tahun ni. Itu mengikut apa yang disiarkan oleh Berita Harian. Nak tahu dengan lebih lanjut? Sila klik SINI.

Alhamdulillah.. Rezeki untuk semua pelajar IPT. RM2 and RM4 tu sangat berpatutan. Kita yang student ni mostly pakai pinjaman. Contoh aku amik PTPTN. Dah la duit masuk satu sem sekali. Kena manage betul-betul and amount yang diberi tu pun cukup-cukup je.

So, dengan adanya program ni, at least ia dapat membantu para pelajar. Save sikit. Duit yang PTPTN bagi tu bukannyer hanya untuk makan minum je, buku, kertas-kertas, projek, banyak lagi keperluan pembelajaran.

So, bukan tujuan untuk membodek or kita tolak tepi soal politik, terima kasih to our PM. Aku pun dah tak lama lagi je study. InsyALLAH sampai bulan 1 2013. Then practical.. Harap-harap sempat la merasa time program ni dijalankan di Uni. Nak tengok jugak macam mana suasananyer.

2 comments:

Fazleyatul Aini said...

kenyang perut suka hati.hehe

qinaysf said...

yeah!! PM mmg baik pun. ada cara nak jimatkan duit student2 ni :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman