Monday, 27 February 2012

Shopping secara online

Salam. Duduk rumah depan laptop sambil melunjur kaki gaya ular kekenyangan pun boleh dapat macam-macam. Segalanya di hujung jari. Tak perlu nak bersusah-payah menapak dari satu tempat ke satu tempat menyakitkan kaki yang manja ni.


Makin lama aku menganggur duduk rumah cuti sem ni, makin teruk and menjadi-jadi la perangai shopaholic ni. Memang sesuai sangat la dengan aku yang suka baca karya Sophie Kinsella tentang shopaholic.

Tadi aku baru terima bungkusan dari Kaki Novel. Oh, thank you so much. Baru je order hari Rabu dah sampai hari ni dan novel dalam keadaan sangat baik. Betapa gembiranya rasa hati bila novel yang dicari tetapi tak dijumpai di bookstore baru-baru ni kini berada di depan mata.

Ada orang yang tanya aku, "Ok ke beli online? Kalau baju, kasut pulak ukuran macam mana?"

Setakat pengalaman yang aku ada, belum ada satu pun yang mendatangkan masalah. Kalau anda nak membeli baju, kasut or etc, ukuran dah diberi and terpulang pada kita untuk menentukan and ukur yang mana satu saiz kita. 

Barang make up dari online pun pernah aku rembat. Alhamdulillah ok and langsung tak memberi apa-apa kesan negatif pada kulit muka. 

Pembelian secara online ni senang. Anda hanya perlu pilih and klik sahaja. Payment paling senang boleh dibuat through online banking. Kadang-kadang aku rasa aku lebih senang buat pilihan through online berbanding aku nak pilih sendiri benda yang terang-terang ada depan mata.

Bayangkan, warden hostel pun berminat untuk tau macam mana aku beli secara online waktu study kat Bangi dulu. Dia teruja dengan 3 bungkusan aku yang sampai waktu tu. Dengan penuh bersemangatnya aku terangkan.

So, tak perlu takut untuk membeli secara online. Kalau barang yang anda nak beli tu perlukan ukuran, ukur betul-betul ye..:)

Nota kaki : Aku dah berjaya mempengaruhi kawan aku untuk beli secara online. Hehe

5 comments:

Lya Colours said...

saya kalau shopping on9 ni, so far beli handbag dgn kerepek2 je
setakat ni, puas hati la
macam handbag tu, dah biasa beli dgn 1-2 online shop, so setia dgn tu je

ILA HonEyBuNNy said...

suka la header blog neh..tetiba jatuh cinta..heheh

ila masa stdy suka sgt beli online...so far ok la xdk masalah...dr kita keluar sma ja...duit minyak n tenaga kita..ehhehe

LAici KAng Ais said...

xpernah try beli online.kang xpasal duit kemana benda kemana awk

hazanis said...

kita xsuka sgt beli on9..leceh..hehe

otai_bosan said...

kalau nak beli barang make up online bole g tgk link ni

http://my.churpchurp.com/losang/share/HiShopBobbiBrown3

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman