Thursday, 2 February 2012

Pemakaian sunblock

Salam. Pemakaian sunblock. Kadang-kadang ada yang terlepas pandang benda ni. Di sebalik pencuci, penyegar, pelembap, krim kecantikan, sunclock juga sama pentingnya malahan sangat penting bila you  all keluar.

Dulu aku pun pernah abaikan benda ni. Aku anggap tak penting. Aku just guna pembersih dan krim kecantikan, yang basic je. Zaman sekolah dulu, muka ni ada masalah bintik hitam, cepat berbelang and tona kulit tak sekata. Sekolah selalu berpanas. Pergi-balik naik bas. 

Pernah la try sekali dua pakai sunblock. Tapi tak pernahnya nak stay. Lagipun aku tengok tak da effect pun. Aku pernah pakai sunblock Garnier dulu, tapi tak da perubahan langsung. Kulit bertambah berminyak ada la.

But since aku kerja sambilan dulu and banyak belajar dari my bos, sunblock ni sangat penting. Wajib dipakai. Aku mula guna sunblock Tia Amelia dan alhamdulillah hasilnya memberangsangkan. Kulit dah kurang berbelang dan bintik-bintik hitam pun hilang. Kini, aku mencuba sunblock dari produk Sri Mawar pulak dan hasilnya juga ok.


Mesti ada yang tertanya-tanya, boleh ke pakai berlainan jenama? Means here walaupun produk penjagaan muka aku sekarang adalah Safi Balqis Perfect 10, tapi sunblock aku produk Sri Mawar. Its ok as long as sesuai dengan kulit korang. Tak menjadi masalah pun.

Tahukah anda jeragat juga berpunca dari cahaya matahari? Dari muda ni la nak kena jaga muka. Jeragat ni sangat menakutkan. Kadang-kadang ada yang kena dah penuh muka. Sayangnya. Nak hilangkan bukan senang. Dengan pemakaian sunblock, peratusan untuk jeragat berkurangan.

Cahaya matahari ni bahaya. Sinarannya mampu merosakkan kulit. Pastinya you all sayangkan kulit masing-masing. So, after this pada sesiapa yang terlepas pandang benda ni, amalkanlah pemakaian sunblock. InsyALLAH ianya akan memberi impak yang baik pada kulit anda.

5 comments:

Lya Colours said...

kita malas pakai sunblock. sebab tak berjemur sgt kot. duduk je dlm office. hihi

littledolphin said...

saya tak pasti jenama apa yang sesuai untuk saya.dulu pernah pakai,tapi kulit bertambah berminyak T_T

Arra Azzalea said...

brilliant! jemput follow site sy juga k.. TQ (:

Min Aina Ila Aina said...

Tengah survey sunblock yang bagus. Skrg guna Seri Aida, tapi sejak naik motor ni kulit macam makin gelap je. Dah la kulit memang mudah terbakar.

Fatin Norain said...

Saya pun fikir tak penting sbb dlu sklh x dela nmpk sgat muke brbelang,but since study kat matrik, kwan sume syor pkai sunblock.. ni tgah survey la mne yg ok..lg pun bintik hitam da mula byk kt muke sye..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman