Tuesday 28 February 2012

Menonton Adnan Sempit 2

Salam. Semalam aku and dua orang my adik perempuan ke Mines di Seri Kembangan. Tujuan hanya satu, nak tengok Adnan Sempit 2.



Lagipun dah lama aku tak tengok wayang. Kali terakhir Hantu Bonceng, seminggu sebelum sambung degree. Tambahan pulak kat Segamat waktu tu belum ada wayang. Sekarang baru ada itupun time aku final exam hari tu. Tak kan nak sesedap rasa tengok wayang. Paper dah la berbaris!

Rasanya tak perlu aku review detail cerita ni. Banyak blog yang dah buat. Berikut adalah komen aku.


Overall, cerita ni sangat best and tak rugi membayar RM 13 untuk tiket semalam.  Jalan cerita dan watak dikembangkan lagi dengan lebih menarik. Kalau dulu watak Nadia (Intan Ladyana) nampak tegas, tapi kali ni kita nampak dari sisi lain pulak di mana Nadia ni seorang yang manja.

Adnan (Shaheizy Sam) pula berusaha mengubah diri untuk menjadi orang korporat. Sangat lawak bila dia bertutur dalam English, berusaha bermain golf and menukar gayanya.

Papa (Ahmad Tarmimi Saregar) and mama (Aznah Hamid) Nadia pulak meletakkan syarat untuk Nadia dan Adnan berkahwin. Tak cukup setakat tu, papa Nadia berkomplot dengan sepupu Nadia bagi merosakkan hubungan mereka berdua.

Konflik percintaan Bobby (Along Raja Lawak) and Wawa (Yana Samsudin) bertambah rumit. Wawa meninggalkan Bobby kerana sikapnya yang tidak berubah dan Bobby pula berusaha untuk memenangi hati Wawa semula.

Apakah yang akan terjadi pada keempat-empat watak ni? Pada yang masih belum menonton, jangan lupa ke panggung berhampiran anda.


Aku bagi 4.5 bintang untuk cerita ni. Panggung semalam pun meriah dengan gelak-tawa.

Habis movie, perut mulalah mengada-ngada mintak diisi. Kami ke food court makan sizzling. Then, tak cukup dengan tu, ke Big Apple pulak. Haiisshh! Memang teruk benor selera. Ala, sekadar 2 donut setiap seorang, pencuci mulut....apa ada hal?

Kedua-dua adik aku, Emmy and Shera

Muka tuan tanah yang kekenyangan

Actually dari 5 beradik, kami 3 perempuan. Sabtu ni aku dah nak balik Johor. Adik aku yang Emmy tu pulak tadi dah bertolak balik ke asrama di Pahang. Tinggal Shera yang tengah tunggu result SPM.

Bukan senang untuk kami bertiga berkumpul. Bila semua ada rumah baru la dapat plan apa yang patut.

InsyALLAH after this Cinta Si Kura-kura pula menyusul. Tak sabar nak tengok Tiz Zaqyah and Aeril Zafriel yang handsome tu. Haha

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman