Wednesday, 15 February 2012

Masker buah-buahan

Salam. Hari ni aku nak berkongsi tentang masker dari buah-buahan yang kita sendiri boleh buat kat rumah. Senang and simple je..

Strawberi
Mengandungi vitamin C, E dan K yang sangat baik untuk kulit. Ia dapat menegangkan kulit anda supaya sentiasa nampak muda remaja.

Cara :
1) Hancurkan buah strawberi menggunakan sudip atau garfu
2) Tambah satu sudu teh madu
3) Oleskan pada wajah
4) Biarkan selama lebih kurang 20 minit
5) Bersihkan dengan air suam. Gunakan kapas untuk tekstur yang lebih lembut

Pisang
Ia mampu memberikan kulit muka yang lembap dan anjal.

Cara :
1) Ambil sebiji dan hancurkan buahnya
2) Tambah minyak zaitun atau madu pada buah pisang yang telah dihancurkan
3) Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit
4) Bersihkan wajah dengan kapas yang telah dibasahi dengan air suam

Epal 
Kandungannya dapat membantu mengurangkan minyak pada wajah. You all yang ada masalah muka berminyak tu, bolehla mencuba.

Cara :
1) Hancurkan buah epal menggnakan mesin pengisar. Jangan tambahkan air ketika buah epal dihancurkan
2) Sapu secara rata pada wajah dan biarkan selama 30 minit
3) Bilas dengan air suam


Selamat mencuba!

8 comments:

Lya Colours said...

epal tu makan la bagus. kurangkan kolestrol. an apple a day keeps the doctor away.hehe

littledolphin said...

Strawberry mahal.rasa sayang pulak nak letak kat muka.hehe

epal tu kena epal hijau ke? o.o

p/s disebabkan saya nak muka sentiasa macam remaja ,saya nak cuba ynag strwaberi tu la.walaupun mahal,tapi haruslah berkorban demi penampilan (;

the puffy clouds said...
This comment has been removed by the author.
hazanis said...

best entry...like it...=)

nazirah said...

wah2 bole cube ni ;)

asfira aminuddin said...

senangnya nak bwat masker-masker ni babe. thanks for the info and cara nak bwat :)

ILA HonEyBuNNy said...

nak cuba buat la..bosan2 duk rumah neh...eheheh

onie said...

takdan masa nak buat,salu guna hat siap dah,haha

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman