Friday 3 February 2012

Kurangnya pelajar jurusan sains

Salam. Hari-hari aku baca paper sekarang ni ada je cerita pasal kurangnya pelajar jurusan sains di negara kita sekarang. Kenapa hal ni berlaku and apa tindakan kerajaan?

Bilangan pelajar yang mengambil jurusan sains di tingkatan 4 and 5 makin berkurangan. Sama jugak dengan peringkat universiti. Ada pihak menyarankan supaya kerajaan memberi elaun RM200 pada pelajar jurusan sains tapi kementerian pelajaran menyatakan yang mereka ada tindakan tersendiri untuk menangani hal ni.

Ada jugak disarankan supaya JPA menaja lebih ramai pelajar jurusan sains. Kena balance kan dengan aliran lain. Tak kurang jugak cadangan dikurangkan benchmark untuk kelas pertama bagi jurusan sains.

Kenapa makin berkurang? Haiisshh! Sama je dengan tukang taip ni sebenarnya. Dulu pun aku pelajar jurusan sains tulen. Minat terhadap banking dari sekolah rendah tapi entah macam mana boleh amik aliran sains tulen pulak.

And now, aku tak sambung pun jurusan sains. Pernah jugak terfikir nak amik course farmasi dulu. Tapi lepas difikir secara mendalam, banking keutamaan dan aku rasa itu minat sebenar.

Zaman sekolah rendah dulu aku suka subjek sains. Bab paling best of course Bumi & Alam Semesta. Hehe. Aku start tak minat sains bila dah masuk Fizik and Kimia. Kadang-kadang aku rasa, ish..apa benda merepek ni..*oh pelajar aliran sains, tolong jangan marah aku*. Kalau Biologi ok lagi. Interesting walaupun banyak benda kena hafal.

Paling aku tak minat bila kena buat eksperimen segala bagai. Aku cuma akan duduk dan tengok apa kawan aku buat. Paling kuat pun aku akan tolong basuh bikar. Oh, teruknya saya. Kesian cikgu sains tulen aku. Confirm dia kecewa kalau baca apa yang aku taip ni.


Setiap orang ada minat masing-masing. Mungkin kerajaan perlu pupuk minat terhadap sains ni sejak dari awal means pada pelajar sekolah rendah dah harus diterapkan. 

Kalau dulu waktu angkasawan kita, Datuk Dr Sheikh Muszaphar baru balik dari ISS, ramai pelajar yang menanam azam untuk mendalami bidang sains. Dr Sheikh Muszaphar juga turut ke sekolah-sekolah untuk berkongsi pengalamannya dan menerapkan minat terhadap sains pada para pelajar.

Pandangan aku, semua pihak harus memainkan peranan. Sama ada kementerian, guru, para pelajar or etc. Kalau pelajar jurusan sains makin berkurangan saban tahun and jurusan lain makin melambak, apa akan jadi pada negara kita?

6 comments:

Rasya | nurulrasya.com said...

I don't like science subjects much but i love chemist. I don't know why they say that science students are decreasing because majority students that I know take science subjects and science classes are still dominating compared to other streams

zULhaiRi said...

bdak2 cenderung ke arah kejuruteraan kot :)minat masing2 kata orang hoho

littledolphin said...

mungkin sebab ni kot,ramai yang nak ambil sains tapi after pmr dulu,tersesat masuk streams lain.macam satu kawan ni,dia suka sains,tapi after pmr aliran perdagangan and then after spm dia nak belajar foundation in sains tapi maknya tak bagi. :(

saya pulak aliran sains tulen tapi tak nak ambil sains.

ramai yang science stream masa after pmr ambil something else after spm,tapi yang bukan science stream ramai pula yang minat nak belajar sains.

i think what zulhairi said is right.ramai kawan-kawan saya lebih cenderung ambil kejuruteraan.

basically i think the gov tak sepatutnya terlampau mengagung-agungkan bidang sains sebagai bidang yang glamour.ada juga yang ambil sains semata-mata sebab perkara itu (contohnya saya haha)dan ini menyebabkan orang yang betul-betul minat tak dapat nak masuk aliran sains cos dah penuh..kan kan kan?

Akim Iqbal said...

Lain orang lain minatnyer..

waniey said...

same lahhh. dulu aliran sains .last sambung blaja in bisnes. Sbb minat bisness. :P

cikmawar said...

ade tag untuk mai..
http://berketukketak.blogspot.com/2012/02/giveaway-for-my-birthday.html

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman