Monday, 6 February 2012

Ikhlas..Jangan tertipu!

Salam. Apa 'ikhlas' yang aku maksudkan? Hari ni entry aku berkaitan dengan derma. Aku tau rakyat Malaysia sangat pemurah. Dekat mana-mana pun kita akan nampak orang mintak derma.


Macam-macam gaya orang ni. Ada yang berpakaian alim, ada yang menunjukkan kecacatan anggota and tak kurang yang siap bawak anak kecik. Derma memang seikhlas hati and itu satu sifat terpuji yang digalakkan dalam agama kita. Tapi, tahukan anda ada orang yang mengambil kesempatan?

Aku nak kongsi 2 situasi yang pernah aku alami..


Situasi A
Kadang-kadang, aku selalu keluar sorang untuk menguruskan sebarang hal penting. Biasanya aku selalu ke Kajang untuk urusan bank. Satu hari tu, aku duduk singgah makan kat KFC. Dah beli makanan sume and tengah makan tu, datang sorang cina. Katanya dia dari pertubuhan bla bla bla...

Aku buat biasa lagi and dengar je penerangan dia. Dah dia duduk betul-betul depan aku. Nak tercekik aku mengunyah rasanya. Lastly, dia mintak derma. Malas aku nak bagi. But then, dia siap letakkan syarat, derma minimum RM10. Uiihh! Siap ada amount minimum lagi! Disebabkan dia tak nak bangun selagi aku tak hulurkan duit and malas diganggu, aku hulurkan jugak not RM10. Kisah ni berlaku kira-kira 2 tahun lepas.


Situasi B
Ni aku dah kena 3 kali kat terminal Seremban. Siapa yang selalu naik bus kat  terminal ni, mana tau anda pernah ternampak manusia yang akan aku ceritakan. Aku memang amik bus Transnasional untuk balik Segamat. Bila bus bukak dalam 15 minit before bertolak, aku akan masuk untuk berehat dulu.

Ada seorang manusia, aku tak pasti sama ada orang Malaysia or tak memakai kopiah, tapi aku rasa maybe bukan orang sini kot berdasarkan muka dan percakapan dia. Dia akan naik mana-mana bus yang belum bertolak lagi dengan memberi pelekat ayat Al-Quran pada mana-mana penumpang kemudian dia mintak duit. First kena, aku bagi RM10. Second, aku bagi RM1 tapi dia kata "Ni RM4". Eh, dari situ aku dah sedar something. Bukan kata before this, ikhlas ke.. Third, aku tak nak bagi. Aku just geleng kepala but then dia mintak jugak. Katanya, "Ikhlas..". So, walaupun hati membara, aku hulurkan RM1.

Apa yang aku marah, dia mengambil kesempatan. Sekali dua ok lagi. Kali ketiga, aku dah naik baran sikit. Siap la kali keempat nanti, aku basuh dia cukup-cukup. Banyak bus yang dia masuk. Bukan dia tak mampu bekerja, cukup sempurna fizikalnya. Tegap je tapi pemalas berusaha. Jangan gunakan taktik di sebalik kopiah tu.

Member serumah aku orang Melaka yang pernah naik kat terminal Seremban pun pernah kena benda yang serupa. Lelaki ni memang jenis manusia pemaksa. Bila kita bagi sikit, dia cakap ada harga. Bila kita tak nak bagi, dia kata ikhlas pulak..


Memberi derma satu amalan mulia dan pahala ganjarannya. Siapa yang tak nak pahala. Cuma kadang-kadang kita takut tertipu or terkena macam yang aku alami tu.

Semenjak dari 2 kes ni, aku sangat berhati-hati kalau nak menderma. Aku tak nak ia jatuh pada orang yang salah. Orang lain susah, orang lain dapat untung.

Korang jugak, jangan la terkena macam apa yang aku story tu. Especially kalau ada yang naik bus kat terminal Seremban. Mana tau, satu hari nanti korang terjumpa dengan manusia yang aku maksudkan tadi. 

3 comments:

Lya Colours said...

selalu juga kene situasi macam ni. bukan kita nak eksen ke apa tapi tu la takut bukan jatuh pada org yg sepatutnya, and bila kita bercakap kita jadi tak ikhlas plak kan

nuruashia said...

sshnyee nk bg minat mnabung ngn ikhlas ade dlm diri kite kn :)

Nelly The Strange said...

menabung ? nelly tak suka menabung sangat~
nanti asyik teringat nak pakai . :p

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman