Wednesday 29 February 2012

Entry 29 Februari..Novel dah sampai!

Salam. Wah..29 Februari la... 4 tahun sekali baru jumpa ni. Terpahat dalam tarikh entry. Jom la update blog masing-masing bersempena tarikh yang anda hanya akan jumpa lagi 4 tahun akan datang.

Sabtu ni aku akan balik ke Segamat, Johor. Isnin dah start kelas dan  bermulalah semula kehidupan seorang pelajar degree part 4 kini. Oh ye, aku ada lagi sekeping baucer buku yang belum ditebus. Hehe

Memandangkan minggu awal bermulanya kuliah pasti kurang sibuk, aku dah mem-prepare-kan diri. Duduk online klik sana-sini, aku order 2 buah novel dari penerbit yang berlainan iaitu Kaki Novel dan Books-2u. Semuanya untuk mengisi masa bagi si pencinta buku macam aku..=_=

Pilihan kali ni Yes Boss dari Kaki Novel and Shopaholic & Sister dari Books-2u. Yes Boss dah sampai hari Isnin baru-baru ni and Shopaholic & Sister baru je sampai tadi. Kedua-dua buku dalam keadaan baik dan tiada keraguan lagi.

Jom skodeng kenapa aku berminat dengan kedua-dua buku ni..


Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?


Becky Bloomwood is back!

Becky thought being married to Luke Brandon would be one big Tiffany box of happiness. But to be honest, it's not quite as dreamy as shed hoped.

The trouble started on honeymoon, when she told Luke the tiniest little fib, about the teeniest little purchase. Now she's on a strict budget, she doesn't have a job - and worst of all her beloved Suze has a new best friend. Then she receives some incredible news. She has a long-lost sister!

Becky has never been more excited. Finally, a real sister! They'll have so much in common! They can go shopping together... choose shoes together... have manicures together...

Until she meets her and gets the shock of her life. It can't be true. Surely Becky Bloomwood's long-lost sister can't... hate shopping?

A sister. A soulmate. A skinflint?



Ha..menarik kan? Pada sesiapa yang berminat nak beli novel jugak, silalah klik






4 comments:

littledolphin said...

di sini,dia jual yang baru punya eh?ke secondhand?

btw camne ek nak beli secara online ni.saya tak reti T.T

minta tunjuk ajar ye kawan :)

Unknown said...

suke eh bce novel... :)

About Us said...

heehhhe dah baca novel Yes Boss ! sangat best !

fiqaliqa said...

wahhh. kaki novel ! hehe. mesti dh byk dh koleksi ni kan ? hehe :) btw, fiqa follow sini :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman