Friday 27 January 2012

Trend sinetron

Salam. Siapa yang minat sinetron? Isnin-Khamis ada je slot sinetron kat TV3 tu. Sejujurnya aku bukanlah pengikut setia sinetron. Kenapa?

1) Episod yang sangat panjang
Pernah ke tengok sinetron yang pendek episodnya? Mostly panjang. Beratus! Tak larat nak follow. Macam cerita Putri Yang Ditukar, sampai 600 lebih. 3 tahun baru habis! Tua aku menunggu.

2) Konflik tak berapa jelas
Kenapa aku cakap macam ni? Biasanya dalam setiap cerita pasti akan ada konflik utama yang diutarakan. Sinetron kalau episod awal-awal tu ye, konfliknyer jelas. Lepas tu, bila dah berpuluh-puluh episod, tiba-tiba itu la ini la. Entah macam mana boleh timbul.

Selalu berlaku yang kaya jadi miskin, miskin jadi kaya. Orang itu mati la. Tiba-tiba sebenarnya dia tak mati. Kematian dipalsukan. Buat geram aku je. 

3) Idea cerita bagus tapi..
Mostly sinetron ni idea cerita tu best. Tapi bila dah pertengahan cerita tu dah bersimpang-siur. Kejap macam tu, kejap macam ni. Kalau yang jahat tu betul-betul jahat. Kalau yang baik tu, terlebih naif pulak. Emm..maybe masyarakat kat sana memang macam tu kot.

4) Terlalu cepat
Pernah tak you all tertinggal sehari, esoknyer dah lain? Sehari cukup la. Dalam satu hari, macam-macam berlaku. Terlalu cepat! Cuba tengok cerita kita tak pun Korea, setiap situasi atau isu yang ada pasti digarap dengan sebaik-baiknya.

But, ada jugak yang aku follow. Bukanlah full setiap episod coz kadang-kadang ada episod yang aku menyampah, aku tutup tv! Antara sinetron yang aku follow dulu Andaiku Tahu, Kahwin Muda and Cinta Kirana.


Korang pengfollow tegar sinetron ke?

3 comments:

zoobida wiwi said...

aku tak suka sinetron.
sume aku tak tengok..lama seyh cerita dia..pastu melarat2..aku tak suka..

sori sape2 yg suka..
no offense :)

Fazleyatul Aini said...

tak minat. cite masak2 suka. hihi

ShemaSinbei said...

btul.. ceritedia nampak sangat tak logik.. episod yang panjang dan tak tahu apa motif lagu2 yang semakkn cerita sepanjang sinetron tu dityngkn -.-

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman