Sunday 15 January 2012

Surat khabar wajib di hujung minggu

Salam hujung minggu. 15 Januari. Dah 5 hari aku kat rumah. Hujung minggu banyak cerita best dan tentunya pagi aku dimulakan dengan rancangan Nasi Lemak Kopi O. Kejap lagi Jalan-jalan Cari Makan, Melodi, Nona and so on. Penat nak taip..:p

Hari Ahad newspaper sangat wajib bagi my family! Memang hari-hari lain pun akan beli paper but hari Ahad tak boleh tidak. Mesti kena ada! Dah jadi macam satu acara wajib. Amik giliran lagi kadang-kadang nak baca.

Newspaper yang jadi pilihan bagi my father, Mingguan. Katanya banyak cerita and issue nya padat. Kalau aku pulak Berita Minggu. Tak kisah la kat Segamat or waktu kat Bangi dulu, aku akan dapatkan jugak Berita Minggu ni. 

Gambar sekadar hiasan

Aku paling suka artikel yang diketengahkan dalam bmdua. Pernah dari artikel tu aku dapat idea untuk presentation dalam kelas tak lama dulu. Antara topik yang menarik pernah diutarakan, Rahsia Kalendar, Gempa Bumi, Kiamat 2012, Kecelaruan Identiti and Emas untuk Makanan. Lagi satu, cerita hiburan pun banyak. Hehe.

Kadang-kadang bila kat rumah, aku akan beli 2 paper sekaligus! Mingguan and Berita Minggu. Lagi syok!

Pada aku, paper hujung minggu ni menggabungkan cerita keseluruhan untuk satu minggu tu. Kalau you all perasan, hujung minggu akan diulas balik apa cerita yang hot berlaku dalam minggu tersebut. Hal semasa, ekonomi, hiburan, luar negara semua boleh tengok.

Ini tak bermaksud aku baca 2 paper ni je. Kalau hari-hari lain aku selalu cari Berita Harian or Metro. Aku akan cari NSTP bila diperlukan je..:p

Ayah aku selalu kata Berita Harian bagus bagi student untuk isu semasa, Kadang-kadang aku beli Metro coz ia banyak memaparkan isu setempat but mostly aku akan cari Berita Harian. Banyak kejadian yang berlaku dalam masyarakat and kita kena amik tau.

Kesimpulannya, newspaper sangat wajib bagi aku satu family di hujung minggu. Rasa sangat kosong bila tak beli. Baca newspaper ni bagus untuk anda semua. Luaskan pemikiran and kita kena alert dengan apa yang sedang berlaku.

Nota kaki : Aku online sambil baca paper. Aku dah kebas paper awal-awal dari yang lain. Hee..

4 comments:

jeBateja said...

Wahhh...samo lah kito...den pun tiap kali hari minggu....confirm..mingguan n berita....hari biasa...KOSMO...ahakz

EmeLiena said...

Assalamualaikum. Yeapp, setuju sangat. Kalau tak baca paper. Otak macam blur jea ;p

Scha Aryana said...

hehe betol tu.. setuju sangat! scha hari2 beli paper. 4/5 jenis kot. tapi skarang dah sikittakan sebab nak save bajet, ehehe ^^V

Mysara Ab Rahman said...

4/5? banyak tu..lagi dasyat..
mai maksimum 2 je...

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman