Wednesday 18 January 2012

Simpul Mengkarung..Tahukah anda?

Salam. Aku pernah menghidap kekejangan kaki di waktu malam dari zaman sekolah dulu. Lama dah. Selalu terjaga tengah malam disebabkan masalah ni dan baca paper semalam baru la aku tau nama sakit yang aku hadapi..Simpul Mengkarung

Pelik kan nama tu? Bayangkan bertahun lamanya  or lebih kurang 10 tahun dah aku tak pernah tau pun penyakit ni walaupun aku yang menghidapinya.

Sumber : Google
Sakit kekejangan yang menyerang di bahagian betis

Simpul mengkarung sebenarnya sakit kekejangan otot dan ia akan pulih selepas dilakukan sedikit urutan. Sangat sakit weh! Tak mampu nak tidur! Aku akan guling-guling atas katil sendirian. Mana larat nak kejutkan orang tengah malam. Nak luruskan kaki pun tak mampu.

Kekejangan otot ni berlaku di bahagian betis dan ia umpama urat anda ditarik-tarik. Yang pernah menghadapinya je tau. Biasanya kalau kena aku akan amik masa beberapa minit untuk ok balik. 

Menurut daripada apa yang aku baca semalam, sakit ni biasanya berlaku pada wanita hamil. Eh, celah mana pulak aku hamil. Agaknya aku ni kes jarang-jarang berlaku coz aku dah menghadapi sakit ni sejak awal belasan lagi.

Pencegahan :
1) Lebihkan meminum air dan cecair lain seperti air isotonik.

2) Memakan makanan yang tinggi karbohidrat sepeti nasi dan roti *aku ni terlebih karbohidrat dah rasanyer..:p*. Mengekalkan pengambilan kalsium, potassium, magnesium dan zink.

3) Makan makanan kaya dengan kalsium.

4) Elakkan minum minuman bergas

Dan antara tips yang diberi, lakukan sedikit senaman meregang sebelum tidur. 

Buat masa sekarang, aku dah kurang terkena benda ni. Aku tak pernah pun tau pasal penyakit ni before this. Aku just menghadapinya je. Waktu tu aku just assume yang maybe aku ni kurang minum susu. 

Memang aku jarang amik susu. Dan disebabkan masalah ni, aku mula cari minuman bersusu seperti milo, neslo and horlicks. Aku akan cuba amik setiap hari walaupun biasalah kadang-kadang ter-skip.

Dan alhamdulillah semenjak tu, aku dah jarang kena. Harap sakit ni tak datang lagi menganggu tidur. 

Menurut paper semalam, sakit ni boleh jadi lebih serius dan insyALLAH setakat ni aku rasa ok. Hope tak da apa and langkah pencegahan tu kena la follow la.

Kalau you all pun ada menghidap benda yang sama macam aku, jangan lupa follow langkah pencegahan tu ek. Penting untuk kita bersama..:)

7 comments:

Aesya Zealous said...

first time dengar. tapi tak pernah kena pun..huhu

Shikin said...

selalu jugak kena simpul mengkarung ni. kadang-kadang kalau dah mengantuk sangat mana nak ingat nak buat streching ke apa ke.

Unknown said...

adik kak sebelum kawin selalu kena simpul biawak (kami gelar itu)..
kasihan..
tapi lepas dia kawin, bersalin dia sihat...

Fazleyatul Aini said...

oo saya x panggil simpul mengkarung. kami panggil kene ular-ular
ntah mana dapat nama tu, tak tau
hehehe

Ardini Humaira said...

dni pernah krem kaki lepas kawad kaki zaman uni dulu2.. memang sakit tak terperi

Totie@Tomy said...

wah kalau krem mmg sakit tak boleh nak cakap...salam kenal dik..

Puan Eka said...

eka pun kene pagi tadi. eka copy sikit yer cara2 pencegahan simpul ni.

tq awak

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman