Wednesday, 18 January 2012

Perempuan harus memiliki aset

Salam. Entry ni khas untuk kaum yang sama dengan aku. Entry ditaip berdasarkan apa yang sedang dialami salah seorang orang yang rapat dengan aku sekarang.

Bila baru kahwin, semuanya indah. Tak semestinya keindahan tu akan terus berkekalan. Kita tak tahu apa masalah yang akan tiba kemudian. Apa dugaan yang datang.

Isu cerai antara yang popular sekarang. Jangan ingat sekarang bahagia, benda macam ni tak boleh berlaku. Memang kita akan cuba yang terbaik, tapi...

Oleh itu, aku nak highlight pelajaran sangat penting bagi kaum perempuan. Kata orang dulu-dulu, "Perempuan ni buat apa belajar tinggi-tinggi, nanti kat dapur jugak tempatnya". Ayat ni dah tak relevan okeh!

Macam mana kalau ditinggalkan suami dan tak mempunyai apa pun??

Kaum perempuan harus memiliki..

1) Kerjaya
Perempuan sekarang harus mempunyai kerjaya tetap. Kerjaya sendiri. Of course bila mempunyai kelulusan pekerjaan akan lebih baik. InsyALLAH. Kerjaya ni untuk masa depan sendiri jugak. Orang Melayu ni tak da apa yang lebih penting melainkan pelajaran. Pelajaran je dapat menjamin kehidupan yang lebih baik. 


2) Rumah
Mungkin ada yang ingat ini tak penting. Back up asset. Ada sorang kawan aku pernah cakap yang dia tak kan kahwin selagi tak mempunyai rumah sendiri. Kalau di Negeri Sembilan dan kami mengamalkan Adat Perpatih, perempuan akan dapat tanah. Dan itu merupakan asset yang sangat berharga. Yang bekerjaya semestinya rumah antara asset impian mereka.


3) Kereta
Lebih penting untuk memudahkan pergerakan anda. Segala urusan dapat dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Sekarang ni budak-budak muda kecik je dah bawak kereta besar. Awesome!



Nota kaki : Entry ni untuk peringatan kita bersama. Kita tak tau apa dugaan yang akan berlaku pada masa akan datang. So, dari sekarang kena bersedia..:)

3 comments:

Leods said...

agree sangat ! hehe

salam kenal ye :)

Ardini Humaira said...

betul3.. kita kena ada aset juga :)

Misz E'e said...

sangat setuju dengan entry kak mai ni.

perempuan zaman sekarang better beli rumah sebelum kahwin. sebab kalau dah kahwin nanti,in case pulak suami buat hal. at least kita dah ada tempat berteduh kan.

one more thing yang paling penting ialah duit simpanan dalam bank. duit simpanan mesti ada at least 5k kalau nak survive bila husband buat hal kan. so mula menyimpan dari sekarang.

then, kalau beli tanah pulak, beli senyap-senyap.jangan bagi tahu husband and his family about it. keep as secret..

ini cuma just pandangan dari saya :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman