Friday, 27 January 2012

Penulis & pembaca novel tak semestinya jiwang

Salam. Terpanjang pulak tajuk. Aku nak betulkan sikit pemikiran sesetengah orang di sekeliling kita.

Nampak je kita pegang novel, mulalah cakap, "Eh, jiwang jugak ko ni". Sama jugak pada yang menulis novel, mesti akan ada yang cakap, "Jiwang la dia ni".

Tak semestinya penulis or pembaca novel tu jiwang okeh. Penulis..bukan semua orang dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang penulis. Mereka hasilkan cerita berdasarkan situasi yang sesuai dan pastinya relevan dengan masyarakat kita. Ayat jiwang-jiwang tu sekadar selingan menyedapkan cerita. Adat la menulis novel..


Baru-baru ni ibu aku ada terjumpa dengan seorang penulis yang menggunakan terbitan Kaki Novel dan kebetulan merupakan orang kampung ayah aku. Katanya, "Dalam novel je ayat jiwang tu. Kat luar saya biasa je". Nak menyedapkan cerita, tambahla perasa. Nanti ada yang kata hero and heroin kayu pulak. 

But, janganlah sampai ada novel yang jiwang tahap melampau. Depan ke belakang, belakang ke depan, ayat semua nak romantis. Aku pun boleh muntah!

Same goes to pembaca novel. Pernah aku kena but aku balas balik, "Hello..tak semestinyer aku jiwang okeh!". Cuba cerita, you all yang baca novel jenis jiwang ke orangnyer? 

Sejujurnya, aku memang suka membaca. Tak kisah la novel Melayu or English. Cinta, persahabatan, thriller as long as best! Baca novel umpama kita dalam buku/cerita tu. Rasa puas bila dapat membaca and novel bukanlah hanya bersandarkan pada cerita semata-mata.

Cuba bukak novel tu, you all akan jumpa macam-macam ilmu yang diselitkan oleh penulis. Sama ada berkaitan tempat, sejarah, sains, agama, macam-macam ada. 

So conclusion nyer, jangan sesuka hati judge. Nilai betul-betul dulu.

6 comments:

Lya Colours said...

ye saya pon tak jiwang
tapi suka romantik
erk romantik dan jiwang tu lain kan
hihihihi

ILA HonEyBuNNy said...

itu la..kadang2 bila nak tulis novel mesti la ayat berbunga2.

kalau d luar xkan nak over berbunga kan dear..ehhehe

..ika itu aku.. said...

setuju!!hehe

~ThePlainMe~ said...

so true! :)

sea_lavender said...

tett.. terasa plak~ diri ini jiwang... salu kena mcm tu jgak, layan je novel kata jiwang..sbnr nk pnghyatn je tu.. btw, sye de kawan dgn novelis lelaki~ die mmg jiwang ;p dalam masa sama slalu jujur dalam penulisan coz ble sye baca sme je dgn diri die.. huhu

shiken said...

Tak sangka jumpa cik Mai yang sama minat dan haluan,suka baca novel,sejak sekolah saya dah baca novel,memang pun orang baca novel setakat baca je memang susah nak jiwang,seronok kan ,dapat penuh masa terluang !

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman