Saturday, 7 January 2012

Macam-macam tentang pelajar cemerlang kita

Salam. Macam-macam yang berlaku sekarang ni kan? Terbaru sekarang ni tengah hot kisah Nur Amalina Che Bakri. Amalina sendiri dah keluarkan penjelasannya.


Memang diakui Amalina ni pandai. 17A1, SPM 2004. Dan kini di luar negara pun dia masih cemerlang. But, kisah peribadi sosialnya menutup kejayaan yang dikecapinya di luar negara walaupun mengharumkan nama Malaysia.

Mungkin kita yang salah tafsir dengan penampilannya coz Amalina sendiri kata di luar dia free hair. Diri dia yang sekarang adalah yang sebenar. And mungkin jugak dia tak sangka yang rakyat Malaysia mengikuti kisahnya hingga sekarang. Dah 7 tahun berlalu coz dia bukanlah selebriti.

Yang mengutuk dia, menghina kat online macam-macam. Kata-kata kesat pun ada. Amalina pun dah kata dia akan jadikan segala nasihat iktibar. Yang nak bagi nasihat tu pun satu. Tak da ayat yang elok sikit ke? Si tukang komen tulis Islam itu la, ini la. But si tukang komen tu sedar tak, Islam pun tak suka dan tak pernah ajar taip ayat yang kesat tu? Bagi nasihat ikut la caranya.

Tak kurang jugak ada yang tak nak bagi anak continue study luar negara. Apa ni? Bukak sikit pemikiran tu. Peluang further study kat luar negara antara yang diimpikan oleh setiap pelajar.

But, you all tau tak rekod Amalina tu telah dipecahkan? Oleh Azali Azlan pelajar SMKA Yan, Kedah yang memperoleh 20A1 1A2. Sama SPM dengan aku, 2007.


Tapi sekarang dah tak da amik banyak-banyak subjek ni. Kerajaan dah limitkan 10 je. Adik aku yang baru habis SPM kat MRSM Terendak amik 9 subjek je. Mungkin kurang seronok coz tak da dengar rekod-rekod ni lagi.

Nota kaki : Berhentilah mengutuk and keluarkan kata-kata kesat tu. Kononnya nak bagi nasihat, tapi diri sendiri yang dapat dosa. How come?



6 comments:

mia sha said...

betol tu...kita sepattnya ambik yang baik buang yang xbaik kan....

Cik Kamoo said...

baik kita doa agar mereka yg tersasar utk berubah dr mengutuk sana sini.

mysara said...

yup..doakan yg bek2 je..
klu kte doakan org ni kte pn dpt pahala..:)

jeBateja said...

itu mcm kah....den punya le bz...taw2 dah meletup kisah dia....ahakz.....sian nya den.....ahakz

mysara said...

la..tengah top skrg..kt paper pn ada je..
bunyi cm busy bebenor je tu...:p

nur atiqah wahida said...

betul tu betul..nak tegur pn dengar cara berhikmah la..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman