Monday 16 January 2012

Jomlah cuba 'Kaki Novel'

Salam. Kat Malaysia ada macam-macam penerbit. Kebanyakan novel yang diangkat menjadi cerita adalah dari terbitan Alaf 21. Banyak lagi penerbit lain seperti Buku Prima, Jemari Seni, PTS and yang menarik hati aku sekarang Kaki Novel.

Aku start baca novel umur 14 tahun. Waktu tu mak cik aku bagi satu plastik novel dia. Satu plastik penuh okeh! Memang aku suka membaca dan bermula dengan novel pertama Gerimis di Hati karya Sharifah Abu Salem, terbitan Alaf 21, aku terus jatuh cinta dengan dunia novel.

Berbalik pada Kaki Novel (KN), aku mula kenal dengan KN ni waktu semester akhir diploma. My classmate yang suka beli novel dari terbitan KN and kami bertukar-tukar novel. Aku pulak asyik Alaf 21 je waktu tu. Bermula dengan sekali baca, terus tertarik! Novel KN kedua yang aku baca pun best!

Novel terbitan KN sangat tidak membosankan anda. Bahasa yang digunakan kebanyakannya sangat slumber and aku pun memang tak suka novel jiwang-jiwang terlalu karat ni. Geli-geleman! Selama ni beli novel Alaf 21 pun aku tapis betul-betul mana yang patut beli.

Setakat ni aku dah ada beberapa koleksi novel terbitan KN. And semuanya antara koleksi kesayangan. So, here aku nak kongsi 3 novel yang korang patut baca!


M.A.I.D novel pertama pilihan aku. Mengisahkan Noorul yang terdesak mencari pekerjaan sehingga sanggup bekerja sebagai pembantu rumah kepada Harris. Disebabkan sikap Harris yang tersangatlah cerewet, Noorul menggelarnya Mr F a.k.a Mr Fussy. Harris seorang engineer and Noorul hanya bekerja di rumahnya dari pagi sampai petang. Disebakan satu fitnah, mereka terpaksa berkahwin. Apa kesudahannya? Macam mana cara Noorul nak berbaik dengan si cerewet tu? Jangan lupa baca!


Doktor Cinta mengisahkan Mazliana Haji Nordin yang sangat gila-gila orangnya menyamar menjadi tunang kepada Tengku Iskandar a.k.a bos besar *gelaran yang diberikannya*, iaitu bos kepada rakan baiknya, Syamin. Bila dah terperangkap dan sentiasa dengan sikap slumbernya, tambahan pulak Tengku Iskandar sudah mempunyai teman wanita, akhirnya kedua-dua insan ini jatuh cinta. Macam mana Mazliana nak berterus-terang dengan semua terutama pada keluarga Tengku Iskandar tentang penipuannya dan apakah yang terjadi?


566 Hari Mencari Cinta. Latest yang aku beli. Mengisahkan Firdayu Fahrin, seorang pereka fesyen yang berjaya dan mempunyai syarikatnya sendiri. Mempunyai seorang pembantu peribadi iaitu Kid yang sangat skema. Firdayu seorang wanita yang sangat jelita dan langsung tak pernah serius dalam bercinta. Ramai lelaki telah dikecewakannya dan disebabkan itu dia digelar poison ivy. Dia terperangkap dalam perjanjian yang melibatkan harta dengan neneknya iaitu harus mencari cinta dalam tempoh 566 hari. Berjayakan Firdayu? Dan siapa pula pilihannya?

So to you all, jomlah try Kaki Novel. Banyak lagi yang best-best. Kalau pergi kedai buku, memang aku cari ruang yang menempatkan novel-novel KN. Apa lagi, jomlah try!

4 comments:

Woofer Storm said...

sy dah baca maid tu...memang best,siap buat entry lagi dulu..ehhee

#bestkan baca novel..heheee

Fazleyatul Aini said...

kaki novel memang best. one more, u should read "aku bukan mistres". gila best
publisher KaryaSeni pon not bad. baru ni ada keluar novel tajuk dia Suami Yang Ku Benci. pon best.
ish kalau nak suggest yang best2, banyak. x tertulis nanti

Mysara Ab Rahman said...

wah ye ke? baguslah akak ni...ni yg wt rasa nk cari novel baru meluap2 ni..haha
okeh...nanti mai cari 'aku bukan mistres' tu...huhu:p

Mysara Ab Rahman said...

yup..mmg best! bkn nyer nk kata asal org yg baca novel je. jiwang..tak..
novel tu utk release kepala otak ni..
g pun, kadang2 ada info yg diselitkan...:)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman