Monday, 16 January 2012

Dunia pelajar

Salam. Bila la nak kerja kan? Pegang duit sendiri dan terlepas dari bebanan sekarang. Sabar cik mai sabar.. Tinggal setahun setengah lagi je.


Bila jadi student ni..

1) Duit
Means sumber kewangan mesti dari parents tak pun PTPTN, MARA and etc. Bila duduk jauh dari family biasala, kena managa sendiri. Tak cukup baru mintak parents masukkan. Itupun kena budget. Belum masanya untuk bekerja sepenuh masa and merasa duit hasil titik peluh sendiri.

2) Exam
Exam antara benda yang paling memenatkan. Bila tiba time exam, confirm tak cukup tidur punyer. Mulalah mencari kafein waktu ni. Mengunyah kacang tengah malam. Tidur pun sampai note sebelah kepala. Terjaga malam je baca note. Nak keluar makan waktu ni pun rasa membazir masa je. Sanggup makan biskut je malam-malam semata-mata tak nak keluar.

3) Buku dan kertas
Kedua-dua benda ni dah sangat sinonim. Tak boleh dipisahkan. Bilik aku kat rumah sewa tu tak payah cakap la. Meja study aku selalu bersepah. Penuh. Kadang-kadang aku tak tau nak letak mana benda-benda ni. Aku sampai beli satu almari kecik. Kalau aku study lagi tak payah cakap. Bersepah! Kertas pun sampai ditiup kipas! 

4) Presentation
Oh yes. Benda ni memang tak boleh elak. Pusing mana sekalipun. Dalam satu sem, tak terkira banyaknyer presentation yang kena buat. Dahla kena siapkan hard copy sekali. Bayangkan betapa berserabut kepala otak waktu tu. Nak kejar itu ini. Presentation pulak siap dengan sesi Question & Answer. Harus bersiap sedia.

5) Bebas
Diakui bila duduk jauh dari parents memang bebas sikit. But itu bukan alasan untuk buat sesuka hati. Ada jugak yang mula berubah bila dah jauh dari parents. Nak-nak kalau study kat kawasan bandar besar. Tapi kita kena berbalik pada asalnya. Siapa diri kita, dari mana asal, apa tujuan. Semua tu kena nilai.

Kesimpulan, aku tak sabar nak kerja. Boleh shopping selalu. Hoho.

4 comments:

Lya Colours said...

nanti bila dah kerja, akan rasa "bestnya zaman belajar"

oi gambar tu buat saya merindukan uitm segamat ku !!!!

"AkuE" said...

belajar = $$$$ hehe... bljar jauh dri parents jgn plak lupa dunia...tpi nsihat mysara dlm entry saya suka..."Tapi kita kena berbalik pada asalnya. Siapa diri kita, dari mana asal, apa tujuan. Semua tu kena nilai."

mysara said...

tu la..slalu dgr org ckp cam tu..
rndu? apa lagi..jom la dtg segamat!hehe

mysara said...

tq..sama2 kita mengingat antara satu sama lain..:)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman