Tuesday 24 January 2012

Berhati-hati memilih produk

Salam. Hari ni aku nak cerita pasal produk penjagaan muka. Pastinya setiap wanita ada produk penjagaan muka masing-masing. Pembersih, skrub, penyegar, pelembap, krim kecantikan and krim malam. Atau macam-macam tambahan lagi seperti serum, gel pencuci, masker or etc.

Apa jenama yang you all pakai? Tak kisah la sama ada mahal or murah, as long as sesuai dengan kulit. 

Buat masa sekarang, dah hampir 3 bulan aku menggunakan produk Safi Balqis Perfect 10 selepas 2 tahun setengah menggunakan Garnier. Pemilihan atas saranan member blogger dalam satu entry tak lama dulu dan alhamdulillah, ia bersesuaian dengan kulit aku.


Tahu tak yang dalam pemilihan produk, korang harus sangat berhati-hati? Pernah dengar tak produk yang mempunyai bahan kimia berlebihan? Aku bukan nak takutkan korang tapi ni berdasarkan pengalaman yang orang lain ceritakan waktu aku bekerja sambilan tak lama dulu.

Paling selamat aku sarankan, belilah produk anda di tempat-tempat seperti Watson, Guardian or mana-mana pusat membeli-belah besar. Jangan sebarangan beli dekat kedai-kedai kecik kat kaki lima tu. Banyak produk tiruan yang kita tak tau.

One more, jenama seperti RZac, Tia Amelia, Sri Mawar, Natasya and so on selalu terdapat yang tiruan. Ada yang complain tak elok la, kulit bertambah teruk, tak da kesan la. So, you all kena berhati-hati untuk memilih produk-produk ni coz ianya hanya dijual di kedai-kedai yang tertentu sahaja.

Kena selalu alert dengan sebarang produk baru yang dikeluarkan mengikut jenama yang anda guna kerana terdapat kes yang kimianya berlebihan tapi mereka masih belum distopkan pengeluaran. So, berhati-hati.

Kawan sebilik aku time diploma dulu pernah kena dengan produk Tia Amelia. Dia beli hari ni and pakai esoknya muka jadi merah macam kena bakar. Bila we all pergi untuk check bagi pihak dia, si tukang jual kata produk tu dah expired. Eh, boleh pulak dia jual? Tau pulak dah expired. Sah nak untung je.

So korang, sama-sama lah kita berhati-hati ek. Expired date kena check before beli. Tengok jugak apa yang sesuai and tak dengan kulit korang. Tempat beli pun memainkan peranan untuk langkah keselamatan. Jangan tengok orang pakai cantik, kita pun mulalah tamak nak jugak. Last-last, entah apa-apa jadinya.

3 comments:

Unknown said...

kak pakai anew..
alhamdullilah.. serasi

Fazleyatul Aini said...

saya pakai clean & clear je
murah dan sesuai dengan kulit. hehe

Lyaa Suriany said...

kite pun suka safi balqis..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman