Tuesday, 17 January 2012

Baucer RM200

Salam. Ramai yang dah dapat baucer kan? Sah laku sampai 31 Mac 2012. Ada banyak masa lagi. 4 keping and setiap keping RM50. Bunyi macam banyak kan?

Siapa yang dah guna? Aku belum tebus lagi. Actually aku tak tau nak tebus apa. Still berfikir. Aku ada baca tentang senarai kedai buku yang boleh tebus and of couse yang menarik hati tentunya MPH Bookstore. Selalunya aku ke MPH Mid Valley.


MPH ni ada banyak buku. Lengkap! Cakap je jenis apa nak. Semua ada. Tambahan pulak suasananya agak santai. Pelanggan bebas memilih. Sejak kecik aku diajar dengan buku dan aku memang suka ke kedai buku! Kalau aku dah masuk, memang tak sah kalau tak beli.

Aku ada terfikir tebus kat kampus bila masuk sem baru nanti. But, buku bukan sume beli kat bookstore kampus. Mostly dari lecturer yang amik buku dari UiTM Shah Alam. Tak kan nak bagi lecturer baucer RM50 tu? Ye tak? Lepas tu satu buku tak sampai pun RM50. Kan rug. iMelainkan aku perlu simpan baucer tu untuk buku yang mahal yang dijual di bookstore kampus.

Novel. Bukan aku tak nak beli. Aku memang giler novel. But berbaloi ke kalau aku beli novel je? Kalau satu tu tak pe la. Lagipun aku cadang nak cari English novel. Baca untuk isi masa lapang disamping menguatkan penggunaan bahasa.

Dalam kepala otak aku ni nak tebus untuk A4, kertas kajang, alat tulis, tafsir Al-Quran*coz aku amik Islamic Banking* and kamus Banking and Finance. Banyak lagi baki tu..

Emmm..you all mesti ada yang dah tebus kan? Bagi idea sikit...

5 comments:

Siti Safiyyah said...

ss baru tebus sekeping tadi.. beli buku motivasi.. hehe.. gunalah sekeping dulu utk beli buku2 motivasi ke.. novel ke.. yg lain tu, simpan lah beli buku untuk next sem. ok tak cadangan tu? :)

cik dila.. said...

sy xdapat pon ..wuwu T.T

Lya Colours said...

untung student zaman skrg

mysara said...

emm...ok gak tu...thanks..:)
mmg tak cadang pun nak tebus sekaligus..takut tersalah pilih..hehe

kai said...

untung btol student skrg!
mcm2 dpt..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman