Sunday 1 January 2012

Artis & Motivasi

Salam. entry pertama untuk 2012! Happy New Year kawan-kawan!

Topic hari ni, artis dan motivasi. Idea ni datang waktu aku menonton Assalamualaikum kat TV Al-Hijrah baru-baru ni. Wah..sekarang dah ada artis kita jadi penceramah. Bagi motivasi or tak kurang jugak berkongsi pengalaman.

Contoh paling suka aku, Heliza Helmi. Dia jugak antara artis yang aku kagumi. Merupakan lulusan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan seorang yang sangat positif. Cantik bertudung, sedap mata memandang. 


Kalau diikuti perkembangannya sekarang, aktiviti seni Heliza dah makin berkurangan. Dia lebih banyak terlibat dengan aktiviti bercorak motivasi. Mungkin nampak dia terlalu muda but semangatnya besar. Heliza jugak banyak menyertai pelbagai program untuk memantapkan dirinya bagi memberi motivasi pada orang lain.


Artis ni selalu dikaitkan sebagai role model dan mereka seorang yang dikenali. Tak hairanlah kalau tawaran talk untuk Heliza ni ada je. Kalau aku ada peluang pun nak ikuti. Selalu jugak tengok dia ke sekolah-sekolah, IPT and terbaru program di masjid.

For me, artis yang beralih ke bidang macam ni, bagus. Memberi motivasi ni tak semestinya untuk orang lain but untuk diri si penceramah tu jugak. Kebaikan yang kita buat pasti akan dibalas dengan kebaikan.

Contoh lain, Diana Amir. Memang Diana ni baru bertudung. Bukanlah dia bagi ceramah itu ini but Diana selalu diundang untuk berkongsi pengalamannya. Secara tak langsung ia turut memberi motivasi pada orang lain. Yang baik diamik, yang buruk dijadikan iktibar.


Diana pun bukan calang-calang. Mempunyai Ijazah dalam Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Sains Malaysia (USM). Tak hairanlah dia juga mampu memberi motivasi and bercommunicate dengan baik.

2 comments:

cik wanie Lovela (CWL) said...

heheh suka dua2

Ardini Humaira said...

dni suka diorang berdua.. contoh tauladan yang bagus :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman