Friday 20 January 2012

19/1..KPTM Bangi & MARA

Salam. Ya Allah. Penatnya semalam. Sakit kaki aku berjalan. Seawal 9 pagi aku dah keluar rumah.

Ke KTM Kajang and turun UKM untuk join kawan-kawan yang lain ke kolej lama kami time diploma dulu. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Bangi. Wah...semenjak aku tinggalkan, makin cantik pulak. Semua nampak macam bertambah tersusun and facility pun dah bertambah berbanding dulu. Kebetulan pulak semalam they all ada Pilihan Raya Kampus. 

Kami di hadapan library KPTM
Meet dari kiri : Sol, Oya, Aisya, Ina, Me and Lia
Hanya Sol and Ina je yang sama tempat degree dengan aku..

Temankan my friends yang still belum amik sijil they all. Sempat jugak jumpa lecturer yang pernah mengajar kami. Dalam 1.30 kami gerak. Tak boleh lambat, nak ke KL pulak.

Ke KPTM naik kereta but untuk ke KL, KTM. Tak boleh bawak kereta. Entah pukul berapa sampai nanti. Disebabkan semalam hari Khamis, tak da ramai sangat orang. Boleh la jugak duduk melelapkan mata kejap. Nak ke Majlis Amanah Rakyat (MARA) and turun stesen Bank Negara, banyak masa untuk mata berehat.

Dah la sampai je stesen Bank Negara nak kena jalan kaki and melalui entah berapa banyak tangga untuk ke MARA tu. Penat..penat. 

Alhamdulillah, urusan kami tak mengambil masa yang lama kat MARA. Actually semalam aku urusankan lapor diri tamat tajaan MARA and pengurangan bayaran. Kalau you all guna pinjaman MARA, you all tak perlu bayar full. Bayar nanti berdasarkan CGPA last. Makin bagus, makin sikit la kena bayar. Bagus kan? But aku dah tak boleh continue MARA untuk degree coz aku amik IPTA. Sob..sob..

Before balik, singgah SOGO yang sangatlah dekat je untuk solat and beli makanan sikit. 

With Sol and Ina..Diploma sama-sama and now degree di tempat yang sama
Housemate ku..:)

Kami balik dalam 4.30 petang, ramailah sikit berbanding waktu pergi tadi but bukan sesak kat train. Aku duduk dah terpisah dengan kawan-kawan yang lain and kami turun berlainan stesen.

Overall, aku sangat penat and sakit kaki berjalan but seronok dapat jumpa kawan-kawan especially Oya, Aisya and Lia yang dah tak sama kampus time degree. Its like reunion. Haha. Mana tak nya, dengan ke KPTM lagi. Mengimbau kenangan time kami belajar dulu.

1 comment:

nurfatin khairul ^^, said...

tumpang tanya if kita amik diploma kt kptm bangi bukan usahasama dgn uitm , time degree nnti kita buley tak nak apply smbung blaja dekat ipta ?

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman