Thursday 22 December 2011

Apabila tuan tanah jadi pelakon drama Arab

Salam. Sekarang ni jadi pelakon pulak. Payah betul.=_=


Pelakon apa ni? Citer apa pulak? Actually aku amik Bahasa Arab 3 semester ni. Aiyoo..memangla aku tak master dalam Arab. Tulisan tu aku tau tapi banyak sangat ayat pusing sana-sini, domir nyer lagi, poning mak cik!


Di sebalik kuiz online, bertulis, listening, speaking, we all kena siapkan video lakonan. Membabitkan sekurang-kurangnya 3 tempat. Pagi tadi baru test speaking. Entah apa yang aku cakap pun tak tau as long as dah settle.


Berbalik pada video, skrip dah siap ditulis. Group aku terdiri daripada :


Berdiri dari kiri : Maz, Sol, Mira, Ayu
Duduk dari kiri : Me and Ina


Drama Arab yang dihasil and diarahkan oleh kami sendiri. Kami jugak pelakonnya. So tamak! Haha. Jenuh I nak menghafal walaupun tak sepanjang mana. Kami dah start shooting Rabu, 21/12 bertempat di library Uni. Gelak sana-sini tapi akhirnya dapat jugak disiapkan.


Khamis, 22/12 sambung shoot lagi kat Penawar UiTM  and malamnnya di KFC. Almaklumlah kalau dah KFC, sewajibnya perut diisi dengan ayam goreng yang sangat sedap tu. Siap shoot sume part, 2 ketul ayam goreng aku pun habis selamat!


Waktu ni sopan lagi coz lum pergi order..:p


Lastly Jumaat 23/12 di kampus. Akhirnya selesai bebanan. Tinggal nak edit je. Lega sangat-sangat weh! Itulah tugas terakhir untuk sem ni. Lebih kurang 2 minggu lagi je final exam. So, kena kuatkan semangat sikit and kurangkan online *patut ker?*. Hehe



1 comment:

KizZ said...

Hihi..Izz pun baru je habis tunjuk video mandarin kat laushi minggu lepas...lega rasa..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman