Tuesday, 8 November 2011

Terima seadanya

Salam. Tajuk macam skema kan? Tapi ni langsung takda kait-mengait dengan percintaan sebaliknya berkisar tentang persahabatan.

Sure you all kat sini ramai sahabat kan? Sunyi kalau tak da diorang dan semestinya setiap orang memerlukan someone yang dipanggil 'kawan'. Dari kecik kita dah diajar berkawan dan bila meningkat dewasa pasti dah pandai memilih mana kawan yang baik and buruk, yang membawa ke arah positif and negatif.

Yang aku nak highlight kat sini, tiada manusia kat dunia ni perfect. Tak da okeh! Siapa sahabat anda, dengan siapa anda berkawan, terima lah mereka seadanya. Setiap rakan korang tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan pulak kekurangan dia korang kutuk. Tak salah nak tegur, tapi dengan cara yang sewajarnya la. Ye tak? Anda berilmu dan dikurniakan akal pasti boleh berfikir.

Kawan sentiasa ada dalam hari-hari kita. Hidup kita tak kan sunyi. Alhamdulillah, wat masa sekarang aku dapat kawan-kawan yang sangat baik. Kepala masing-masing pun boleh ngam bak sudu dan garfu! Haha.


2 comments:

alinac lover said...

xde kwn mmg bosan la hdup ni

mysara said...

yup..;)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman