Tuesday 1 November 2011

OPKIM-IBSA

Salam. Apa tu OPKIM? And apa tu IBSA?
OPKIM stands for Operasi Khidmat Masyarakat and IBSA, Islamic Banking Student Association.


Pada 28-30hb baru-baru ni, aku ke Kuala Kangsar, Perak untuk program OPKIM under IBSA's programme di Kg Ara Panjang, Kuala Kangsar. Actually ni first time aku sampai ke Kuala Kangsar, Bandar Diraja. Kg Ara Panjang ni ke dalam and memang betul-betul suasana kampung.


3 hari 2 malam padat dengan bermacam-macam program. Jom aku cerita detail sikit. Lebih kurang 37 orang siswa siswi IBSA yang menyertai program ini.




28/10 (Jumaat)
Kami bertolak dari kampus pukul 8.15 pagi and sampai di Kg Ara Panjang, Kuala Kangsar 4 petang. Ada la berhenti 2 kali untuk solat dan makan. Aku and 2 rakan sekelas naik van and the rest naik bus. Van digunakan untuk bawak barang-barang hadiah game nanti.


Pic sebelum bertolak. Depan Admin

Sampai je pukul 4 petang, kami ke balai raya and penduduk kampung sedang sibuk membuat persiapan. Majlis penyerahan anak angkat dilakukan and aku dapat lagi 2 orang adik-beradik angkat. Alhamdulillah, aku dapat keluarga angkat yang ok. Adik-beradik angkat aku iaitu student UiTM jugak, AA and Ju. Malamnya kami ada ceramah di surau. 




29/10 (Sabtu)
Hari ni program agak padat dari pagi sampai la malam. Terisi. Program seawal 8 pagi tapi pukul 7 aku and adik-beradik angkat serta adik angkat (anak kepada keluarga angkat) dah pusing kampung *merempit*. Jangan tak tau sini ada hotspring. Pagi-pagi dapat tengok wap and aku rasa dan boleh buat air teh!


Kolam air panas ni elok untuk sesape yang ada masalah kulit




Seterusnya kitorang ke Sungai Perak. Besarnya sungai ni.


Yang tengah tu la, Miza. Adik angkat kitorang. Sebelah Miza tu namanya Ju.

With Miza and AA.



Kemudian, bergerak ke SK Kg Ara. Aktiviti hari ni dimulakan dengan  senam seni. Haisshh! Memang berseni-seni kitorang senam. Sila lihat pic kami yang ceria selepas memanaskan badan. =_=



Then, gotong-royong membersihkan kawasan SK Kg Ara Panjang. Memang sepanjang satu hari aktiviti kitorang kat kampung ni. Sambil bersih sana-sini, sempatla jugak bergambar.





Kemudian kami ada program untuk pelajar tahun 3-6. Aku antara salah sorang fasi yang bertanggungjawab. Adoyai..Kecik-keciknya adik-adik kita. Mana yang pemalu, pemalu betul. Mana yang sporting, sporting habis.




Habis program indoor, kita ke outdoor pulak untuk sebelah petang selepas pertandingan gubahan buah and anyaman ketupat. Aktiviti luar ada bola jaring, bola sepak, skor bola jaring *khas untuk mak cik-mak cik*, sukaneka and tarik tali. Sangat enjoy and jangan tak tau tuan tanah turut sama mengerah tenaga menarik tali tu and menang! Hek hek





Malamnya, aktiviti kebudayaan. Terhibur tengok performance dari adik-adik.




30/10 (Ahad)
Hari ke-3 and terakhir kami di sini. Seawal 7 pagi kami dah membantu keluarga angkat membuat kerepek pisang and kitorang dibekalkan dengan kerepek untuk dibawak balik. Thanks mak and ayah! Mengikut jadual, majlis penutupan start pukul 9 pagi di balai raya, tapi kiorang sempat berkumpul beramai-ramai kat hotspring merendam kaki di air panas. Waa...Merah tapak kaki!



Dah puas lepak and bergambar kat sini, kami kembali ke balai raya untuk majlis penutupan. Hadiah-hadiah disampaikan utuk semua acara yang dipertandingkan serta tak lupa jugak cenderamata. Kami student IBSA dapat jam tangan satu sorang dari Parlimen Kuala Kangsar. Terima kasih sangat-sangat!


Sebelum balik, aku and adik-beradik angkat sempat bergambar dengan family angkat kitorang. Lepas ni entah bila la dapat jumpa lagi. Bukan dekat ke Kuala Kangsar tu.



Overall, layanan dari penduduk kampung ni sangat best. Mereka juga sangat mesra. Suasana kampung yang tenang dan aman serta masih mengekalkan tradisionalnya membuatkan ianya unik. Rasa macam tak nak balik Johor je.


Kami bertolak balik 12 tengah hari. Dah alang-alang kat Kuala Kangsar, Perak, tak sah kalau tak melawat kan. Rugila. Bukan senang nak sampai sini. Kami sempat singgah ke :

1) Masjid Ubudiah




2) Istana Iskandariah


3) Muzium Diraja


4) Galeri Sultan Azlan Shah




Sampai di kampus 11.15 malam. Perjalanan yang jauh dan memenatkan. Walaupun sakit-sakit badan, hati ni tetap rasa seronok dan puas. 

Thanks IBSA kerana memberi saya peluang dan pengalaman yang sangat berharga. :)


3 comments:

cikzsmile said...

salam. aaa,seronok la kak mai. kih3. suka program2 mcm nie !

Mysara Ab Rahman said...

hehe..mmg best sgt2!:)

miza ismail said...

lama xsinggah sini

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman