Sunday, 13 November 2011

Azam hujung tahun

Salam. Azam hujung tahun? Biasanya orang azam awal tahun je kan. Ni aku berada dalam kes terbalik.

Azam : Menurunkan berat badan ke berat yang asal

Apesal tiba-tiba? Macam gini, setelah 2 bulan berada di Segamat, berat aku telah meningkat sebanyak 3kg. Malam-malam pulak lepas makan nasi, aku makan burger, lepas tu makan keropok lagi sampaikan aku pun naik risau dengan diri sendiri. Pakai apa pun dah rasa macam ketat je.

Bukan la aku nak jadi kurus kering. Cuma nak kembalikan berat yang sekarang ni 45kg kepada 42kg. Aku ni tak tinggi mana. 152cm je. So, aku tak boleh berat sangat. Takut nanti masuk alam obes.

Disebabkan lambat lagi nak menunggu tahun baru, aku buat la azam hujung tahun. Ha...InsyALLAH menjelang new year dah tercapai.

Aku dah beli stok air and biskut. Boleh gantikan untuk makan malam. Sebelum ni aku gemar makan nasi goreng paprik malam-malam. Haisshh!! Mana tak naiknya mai oiiii!

Ibu, ayah, adik-adik semua telah memberi sokongan padu! Yeah! Menjelang tahun baru saya berharap akan mendapat berat yang asal balik. Aminn..  

p/s : Aku siap bawak kasut sukan. Konon nak jogging. Hek hek


4 comments:

cikzsmile said...

salam akk. cett,saya pun azam msuk semester baru nie nak turunkan berat ! haha. sama2 doa yer. kih3 ! InsyaAllah :)

mysara said...

yeah! same2 kte berusaha! gud luk! hehe ;)

jeBateja said...

alaaa...naik sket jerk...biarkan lah.....ahakz

aida-myasara said...

tgk cara kat sini jek

http://www.taknakgemuk.com/

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman