Thursday, 11 August 2011

Si gastrik berpuasa

Salam. Kejap je dah hari ke-11 kita berpuasa kan?

Hari ni aku nak bercerita pasal kisah perutku yang tak reti memahami kesakitan dan keperitan tuannya. Tahun lepas lepas waktu ke klinik check, aku hanya disuspek gastrik. Diberi ubat dan berbulan jugak aku bergantung pada ubat tu. Tak boleh lambat makan sikit walaupun 5 minit! Asal perut dah bagi signal je kena terus makan!

Awal tahun hari tu aku ingatkan dah ok. Ubat dah habis and aku dah tak nak bergantung padanya lagi. Then, perut ni ok je. Sebelum puasa aku ada ganti puasa. Dan dari situ aku kesan perut ni buat masalah lagi. Lepas je berbuka, perut sakit menarik-narik urat sangat-sangat sampaila aku muntah. Terpaksa suruh ayah beli 'pil chi kit teck aun'. Ibu tak bagi aku bergantung pada pil cina
tu. Tak elok. Emm...

Dan bila masuknya bulan puasa, aku dapat kesan perut ni sakit setiap kali lepas berbuka. Dalam sakit tu aku jalan jugak ke Guardian beli ubat. Dan aku amik 2 tablet setiap kali makan. Tapi sampai bila aku harus bergantung padanya kan? Tak kan la sampai habis puasa ni?

Ubat yang aku beli kat Guardian

Dulu aku selalu dengar orang kata gastrik bukan alasan untuk tak berpuasa. Memang boleh berpuasa. Tapi jadi macam aku la. Berhadapan dan menahan kesakitan setiap hari. Kadang-kadang perut ni sakit sampai ke sahur..

Kawan-kawan, ada tips tak untuk orang gastrik macam aku ni?

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman